Followers

Tuesday, August 31, 2010


SUAMI KU ANAK EMAK

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? Bagaimana perasaan anda? Namun jika anda pernah mengalaminya, harap dapat bersabar dan cuba habiskan artikel ini. Hari ini saya hendak berceloteh berkenaan lelaki yang sudah bergelar suami sebenarnya anak emak! Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.

Ke semua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya. Kisah anak lelaki yang dikaitkan sebagai ˜anak emak” bukan perkara baru. Segala-gala dilakukan ˜anak emaK” selalu direportkan kepada ibu. Secara umumnya ˜anak emak” dikaitkan dengan anak lelaki yang terlalu dimanjai ibu kerana 1,001 alasan.

Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa. Malah, ada rumahtangga yang berantakan, gara-gara tingkah laku suami yang berlebih-lebihan mengikut telunjuk emak dia. Bukanlah maksud saya hendak menyuruh suami menderhaka kepada emaknya sendiri, tetapi taat kepada ibu pun ada batasnya. Taat kepada ibu bukan bermakna tidak mengapa suami boleh nusyuz kepada isteri sendiri. Ingat tu!

Tidak dinafikan, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu mungkin tidak mengundang masalah, walau bagaimanapun, sebaliknya setelah mendirikan rumahtangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan suami perlu membahagikan perhatian. Seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membahagikan kasih sayang antara seorang isteri dan ibu. Lelaki juga perlu jelas kepentingan yang patut diberi antara wanita yang dicintai dan wanita yang disanjung tinggi dalam hidupnya.

Kasih sayang yang salah boleh merosakkan

Menurut Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh pula, berdasarkan penelitian perkara ini boleh menimbulkan masalah dengan isteri apabila si anak mula membandingkan perkara dilakukan isteri dengan ibunya, seperti cara memasak, cara mengemas rumah dan sebagainya yang berlebihan hingga menimbulkan kecil hati isteri. Kalau memuji dan membandingkan dengan berlebihan, si isteri akan rasa kekurangan dan apabila berlaku, keadaan ini boleh menggugat keharmonian rumah tangga kerana isteri mungkin berasa dirinya tidak berperanan dalam rumah tangga, katanya yang mengatakan beliau ada mengendalikan purata tiga kes sebulan membabitkan isu berkenaan.
Katanya, anak emak berlaku dalam semua lapisan masyarakat dan lazimnya dikaitkan dengan lelaki kerana anak lelaki dikatakan lebih pandai mengambil hati ibu menyebabkan seorang ibu cenderung mengasihi anak lelaki.
Malangnya kasih sayang itu boleh merosakkan kerana anak lelaki dilayan bagaikan raja, sedangkan anak perempuan dibebankan tugas yang berat. Malah ada kalanya, kehendak anak lelaki diberikan sedangkan anak perempuan terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang dihajati.
Sedangkan perkara itu boleh mengundang masalah pada kemudian hari termasuk generasi lelaki seterusnya yang tidak tahu tanggungjawab dan hidup bergantung kepada orang lain. Ibu boleh beri kasih sayang, tetapi biarlah berpada-pada. Usah sampai terjadi anak perempuan terasa hati, memanjakan anak lelaki tidak bertempat hinggalah membasuh sebiji cawan pun dilarang yang mana kelak dia akan menjadi seorang suami atau ayah yang mungkin tidak tahu memberi nafkah kepada anak dan isteri

Kenali personaliti jejaka

Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali kekasih anda terlebih dahulu. Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.

Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki ˜anak emak”, maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.

Memberitahu perasaan

Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri. Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.

Terbuka dan positif

Apabila anda berfikiran terbuka dan positif, segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar. Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar dapat mengharungi segala masalah dengan tenang. Ibu mertua juga semakin lanjut usia, sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya. Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan dan kasih sayang yang utama jarang timbul dalam diari kehidupan yang indah ini.

Jalin hubungan baik

Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda. Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu. Berusaha mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan aksesori barangan kemas pada hari jadinya atau pun merancang majlis untuk hari istimewanya. Lebih manis lagi, berikan sedikit duit saku setiap bulan atau membawa ibu mertua ke pusat beli-belah dan ke spa supaya dia tahu anda menghargai dirinya.

Jangan mudah putus asa dan sentiasa berdoa agar suami atau kekasih anda akan menyedari sikapnya dan sekiranya dia terus tidak berubah cubalah berbincang dan meluahkan segala perasaan yang terbuku selama ini. Semoga suami atau kekasih anda lebih memahami dan cuba memperbaiki keadaan.

Saturday, August 7, 2010


WANITA XXL ….….KENAPA MESTI RENDAH DIRI???

LELAKI……Tidak semua orang beranggapan begitu kerana ada sebahagiannya menerima wanita itu seadanya namun hanya segelintir saja lelaki yang punya peasaan begitu. Yang selebihnya ramai yang inginkan wanita yang kurus atau sederhana , punya bentuk badan yang cantik dan seksi. Itulah lumrah manusia mereka akan lebih tertarik yang cantik dan menawan. Bagi lelaki jenis ini mereka merasa megah dan bangga bila mempunyai isteri atau pasangan yang punya bentuk badan yang menarik dan jelita. Walaupun belum tentu sikapnya secantik wajahnya.

Tidak ada sesiapa pun yang mahu badan bersaiz extra double tetapi kalau ditakdirkan begitu apa yang mampu dilakukan. Semua wanita inginkan diri cukup sempurna dari bentuk fizikil. Semua wanita ingin diri menjadi cantik dan menawan. Tapi yang lebih penting sepatutnya kita bersyukur kerana dilahirkan dg n cukup sifat. Kecantikkan hanya satu “package” pada diri dan yang selebihnya adalah hati budi. Kalau hati budi kita baik keseluruhan luaran dan dalaman kita kelihatan cantik dan menarik. Tak guna berwajah cantik dan seksi kalau hati dan perasaan tidak seikhlas wajah.

Ramai juga wanita yang extra XLL yang punya sikap rendah diri dan tidak yakin dengan kebolehan yang ada, mereka lebih suka berada dikelompok yang mereka anggap selamat. Takut untuk berhadapan dengan masyarakat…takut kena ejek atau dibuli. Kenapa selalu beranggapan diri itu serba kekurangan kalau diri sendiri tau yang ada kelebihan yang telah di anugerahkan. ‘ESPOSES UR SELF ‘ hanya anda saya yang tahu apa keistmewaan yang anda ada yang tidak diperolehi oleh wanita-wanita cantik.
Memang tidak dinafikan bila wanita bersaiz XXL ini lalu pasti ramai mata yang memandang sambil tersenyum sinis dan ada yang agak daring….mereka mentertawakan seolah-olah ada cerita lucu dihadapan mereka. Tapi peduli apa orang lain nak katakan yang penting anda tahu anda mungkin jauh lebih baik dari mereka. Bangkit dan mulakan kehidupan baru dengan ceria bersama kawan2 dan keluarga. Usah sentiasa salahkan diri sendiri diatas bentuk fikikial kamu kerana mungin disebalik penghinaa ada yang benar-benar prihatin. Jangan menghukum diri sendiri hanya kerana keterampilan kamu. Kamu juga boleh bergaja dengan berbagai fesyen., Bertambah sekarang banyak shopping center yang jual baju sais besar. Hiaskan diri sebaik mungkin agar orang-orang yang dulunya menghina kamu melihat keyakinan yang ada pada diri kamu.

Lelaki yang tidak mahu menerima dirimu seadanya adalah lelaki yang tidak mahu melihat apa keistimewaa yang ada pada kamu. Kalau mereka menganggap dirimu tidak menarik dimata mereka jadi lupakan saja lelaki jenis ini kerana mereka sebenarnya bukanlah lelaki yang terbaik untuk dirimu. Menilai kecantikkan seseorang bukan hanya dari paras rupa tetapi hati budi jadi untuk apa mengharapkan orang yang tidak pandai menilai hati budimu. Mereka hanya mengagungkan rupa paras dan kecantikkan dan mereka sebenarnya buta hati untuk menilai kecantikkan yang ada dalam hatimu. Percayalah pasti akan ada lelaki yang benar-benar ikhlas menerima mu kerana mereka menilai dirimu dari mata hati bukan kerana paras rupa.

Kenapa kamu harus merendah diri dan menganggap kamu nie “hopeless” ….kemapa harus ketepikan segala kepakaran dan kelebihan yang ada hanya kerana malu untuk berdepan dengan orang ramai. Yakinlah bila kamu berani untuk “exposes” segala kelebihan diri pasti suatu hari orang akan membuka mata dan kagum dengan kebolehan mu. Beranikan diri untuk membuktikan biarpun dari segi fizikal kamu agak kekurangan tetapi kamu ada kelebihan yang lain, malah kelebihan mu lebih baik dari si cantik dan jelita. Kalau ada yang menghina mu anggaplah ia satu peluang untuk mu menyahut cabaran, malah jadikan ia satu kekuatan untuk kamu rasa lebih yakin. Pedulikan apa yang orang nak kata atau memandang kamu sebagai orang yang lemah dan tidak mampu bergerak cergas…..pedulikan jika ada yang anggap kamu tidak akan berjaya mencapai impian mu kerana ia hanya mahu melemahkan semangat mu. Tidak mustahil kamu mampu menjadi popular dan dikenali ramai dengan bakat yang ada pada mu. Saiz badan bukanlah penghalang untuk kamu menjadi apa yang kamu mahu. Kalau diluar negara wanita yang XXL mampu menjadi superstar, ratu atau model kenapa kita tidak boleh jadi seperti itu. Pekakkan telinga butakan mata dengan orang-orang yang saja ingin melemahkan semangat dan kebolehanmu.

Semua manusia dijadikan serupa ada kekurangan diri kalau bukan dari paras rupa mungkin dari sikap dan kebijaksanaan. Buktikan kamu juga boleh jadi cantik dengan keterampilan diri yang sesuai dengan kamu tak perlu “over” jadi orang yang sederhana. Menghias diri juga amat peting bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk orang lebih yakin pada kamu. Sekarang nie banyak fesyen baju telah direka untuk orang yang berbadan gempal . Jadikan dirimu “Role Model” untuk wanita-wanita lain agar bangkit dari kemurungan dan asyik mahu salahkan diri sendiri. Kalau ada masa cuba untuk menurunkan berat badan bukan untuk orang lain tetapi untuk kesihatan agar kamu hidup secara sihat. Kerana ia bakal mengundang berbagai penyakit dimasa hadapan. Sekurang-kurangnya kamu bukan saya menjaga kesihatan tetapi mampu buktikan yang kamu juga mampu mengubah cara hidup mu. Tidak mustahil yang menghina kamu selama ini akan menutup mulut dan terkedu dengan perubahanmu.

WANITA AKAN BERUBAH MENGIKUT PERBEZAAN UMUR ……YANG CANTIK TIDAK SEMESTINYA CANTIK SELAMANYA KERANA BILA DAH BERANAK PINAK SAIZ DAN BENTUK DULU AKAN BERUBAH . TIDAK MUSTAHIL JUGA YANG EXTRA XXL ITU AKAN MENJADI SEORANG YANG CANTIK MENAWAN KERANA SEMANGAT DAN KESUNGGUHAN MEREKA UNTUK BERUBAH TELAH MENJADIKAN MEREKA ORANG YANG LEBIH KUAT SEMANGAT UNTUK MENJADIKAN IMPIAN ITU SATU KENYATAAN. KECANTIKKAN YANG HEBAT ADALAH KECANTIKKAN DARI DALAM DIRI. TERPANCAR SEGALA SERI YANG ADA PADA DIRI BILA HATI KITA SUCI DAN MURNI……