Followers

Tuesday, July 6, 2010

Mariah Carey - Always be my baby ( Official Music Video)


KUATKAN HATI KU......

Kali ini saya ingin berkongsi rahsia hati saya pada semua teman....rasa sedih...duka...kecewa dan diperbodohkan. Mungkin kerana saya mempunyai hati yang lembut yang sukar untuk saya menjadi orang yang keras hati. Saya seperti wanita lain ingin di cintai dan disayangi tapi setelah saya curahkan segala kasih sayang kepadanya akhirnya saya di perbodohkan.

Walaupun saya tahu lelaki ini pandai bermain dengan kata-kata tapi sebagai manusia yang lemah saya akhirnya terperdaya jua...itulah hakikatnya wanita sentiasa ditindas atas kelemahannya...saya hanya mampu menangis menyesali dengan kebodohan saya. Biarlah saya anggap ia sebagai takdir. Dan setiap takdir harus kita terima dengan hati yang tabah.

Saya tertipu oleh lakonan dua insan yang saling berpura-pura...tetapi takdir juga telah membuktikan kebenarannya bila saya terbaca segala luahan dua insan yang bercinta. Bila saya bertanyakan mereka....bermati-matian mereka mempertahankan kebenaran dengan menyatakan hanya kawan....tetapi semalam 6 July 2010 segalanya terbongkar jua bila saya membaca luahan masing-masing. Malah lebih sedih lagi orang yang saya sayang menyatakan kepada gadis idamannya saya seolah-olah PERASAN dia hanya anggap saya orang yang tidak ada MAKNA langsung dalam hidupnya. Dan si Wanita ini pernah berkata pada saya dia tak suka menjadi PERAMPAS kerana dia tau suatu hari pasti dia akan menerima nasib yang sama. Sesungguhnya lembut lidah dari hati yang sebenar.....PANDAI BERLAKON

Mungkin itulah cara lelaki bila tak suka dibuang....dan diganti dengan yang lain dan bila dah jemu yang tu maka digantinya dengan lain pula dan seterusnya hingga diberi ke insafan, itu pun kalau ada keinsafan. Sekarang cinta pakai buang dah bersepah sudah menjadi satu trend dan yang menjadi mangsa pastinya WANITA juga. Tetapi yang sedihnya WANITA sanggup melukai hati kaumnya sendiri. Sedangkan dia tentunya faham bagaimana perasaan kaum sejenisnya. Lumrah kehidupan itulah yang dapat ku katakan kerana apa yang jadi hak kita belum tentu akan jadi hak kita selamanya dan manusia sentiasa punya hati yang rapuh. Terutama berhadapan dengan godaan.

Kalau dia menafikan bahawa saya bukanlan sesiapa dihatinya...jadi untuk kesekian kalinya saya akan mengotakan kata-katanya mulai hari ini....disaat ini dan detik ini saya juga akan menjadikan diri saya bukan sesiapa dihatinya. Kalau dulu saya hanya setakat merajuk dan bila dipujuk hati saya akan lembut kembali tetapi kini saya bulatkan kata. Biarlah dia juga sudah punya orang lain yang mampu memberikan dia kebahagian dan kegembiraan. Dan sudah pastinya dia tidak merasa bersalah langsung membuatkan saya menangis hari ini.

Biarlah kali ini saya tutupkan hati pada lelaki....tidak perlu ada lagi insan yang bernama LELAKI lagi dalam hidup saya. Biar lebih baik hidup tanpa kasih dari lelaki kerana kasih sayang mereka bukanlah seikhlas mana pun hanya menjadikan wanita tempat persinggahan bila dah jemu berada didunia kita dia akan teruskan perjalanan ke tempat lain. TANPA LELAKI HATI TIDAK SAKIT. Biar pun ada yang berkata tanpa lelaki pun hidup akan sunyi tapi kesunyian boleh di isi dengan berbagai aktiviti tapi kalau hati yang sakit....lukanya susah untuk disembuh.

KEPADA SEPASANG KEKASIH ITU.....
Orang yang tidak ikhlas pastinya susah juga mendapat keikhlasan dari orang lain. Bila kita bercakap atau menafikan sesuatu pastikan penafian kita itu jelas.....jangan dimulut cakap kawan tapi masing-masing dok mencurah perasaan. Ingatlah hari ni kamu cuba mempermainkan kepercayaan orang tapi pasti diri kamu jua akan susah untuk mendapat kepercayaan dari orang lain.

UNTUK DIRINYA....
Kalau dia yang terbaik untuk mu pergilah dengan kebenaran tak perlu lagi berselindung disebalik kebenaran. Saya yakin tiba masanya saya akan terima jua kenyataan ini yang pertemuan kita hanya untuk berkasih sayang tapi bukan untuk bersama selamanya. Cinta mu memang cinta yang rapuh....kerana dirimu bukanlah orang yang mampu setia pada yang satu. Cinta mu bagai angin lalu....keutamaan mu hanya paras rupa....kecantikkan luaran....sedangkan diriku perlukan cinta yang ikhlas....menerima ku seadanya. Pergilah padanya....aku tak perlu lagi mendengar penghinaan mu terhadap ku....AKU REDHA DGN TAKDIR KU.

Sunday, July 4, 2010

S Club 7 - Have You Ever (Official Music Video) - Jo O'Meara

S Club 7 - Never Had A Dream Come True (Official Music Video) - Jo O'Meara


HOW TO BE A GOOD LOVER


Engage in open, honest communication
If you don’t talk to one another honestly & openly, eventually your relationship will get choked to death with all the things you can’t say. If honest communication is a bit of a foreign concept to you, keep trying — it will get easier. As well as being able to tell your lover how you feel, you need to be able to listen, too. If you find it hard to pay attention to what other people are saying — or if you are always just waiting for your turn to speak — you might want to learn a bit about active listening.

Know what you want from a relationship, & let your partner know your expectations
These can range wildly from things like being faithful, to wanting to spend lots of time with them. Everyone has different needs in a relationship, & if you don’t tell your lover what you want, they’ll never know!

Take responsibility for your own happiness
Being in a relationship does not mean that you are no longer in charge of yourself. If you’re at home & you’re bored & your lover is busy, go out alone! See a friend! Go shopping! Do whatever you like. Your partner does not exist to distract you from your own life or needs, even though sometimes they can be a very welcome diversion! You need to know how to make yourself happy, & keep practising that. Otherwise you run the risk of being codependent.

Learn to love your partner in their own language
People show that they love people in different ways. You might show your boyfriend you love him by bringing him little gifts or trinkets, while he might show you he loves you by cooking for you or taking you out to dinner. Ask your partner what would make them feel appreciated, & then listen to what they say. Being able to speak your partner’s “love language” will make them feel understood & treasured, & will strengthen the bonds between you.

Learn to forgive & move on
People make mistakes; even people with the best of intentions screw up & hurt the people they love sometimes. Recognise that no one is perfect, even your dream lover, & try your best to forgive them if they upset you.

Be able to admit when you are wrong
Your relationship is (hopefully) more important than one of you being right or wrong. Some people are obsessed with always being right, which I think is really a bit of a control issue. If you are wrong about something, be gracious & admit your mistake.

Be true to yourself
& be honest with yourself, too. Don’t pretend to be someone else in a relationship, it is much more trouble than it’s worth. When I say ‘be honest with yourself’, I mean that if you are unhappy with your lover, don’t deny or repress it. Do something about it. Your happiness is the most important thing.

Be vocal with your praise & show appreciation in as many ways as you can
Be generous with kind words. Everyone needs encouragement, & everyone loves to hear that they are doing things well. Tell people you love them & how much you enjoy having them in your life.

Allow your partner the space to have their own opinions
It’s okay to have different tastes or views on things! In fact, if anything, it makes your relationship a bit spicier. Hanging out with someone who is just like you in every way gets a bit boring, it’s not challenging & you probably won’t learn much. Try not to feel threatened by your lover’s alternative views, & learn to embrace your differences.

Understand your partner’s hopes & goals & be encouraging at all times
This is so important. The encouragement I get from my boyfriend has transformed my life. Even giving support in seemingly meaningless ways means a lot.

Spend time together
I know it sounds kind of obvious, but enjoying one another’s company is a really important part of being in a successful relationship. Why on earth would you want to spend time with someone who bores, offends or annoys you?! If your lover can be your best friend, your relationship will be in such good shape.

PERAMPAS.......ATAU DI RAMPAS

PERAMPAS......istilah yang selalu dikaitkan dengan hubungan seseorang.....memang ada diantara kita pernah melalui pengalaman ini. Terutama kalau ia melibatkan rumahtangga....atau kekasih. Banyak faktor yang boleh dijadi sebab kenapa dan mengapa orang yang disayangi di rampas. Tapi selalunya pasti orang akan menyalahkan SI PERAMPAS.......dan yang DIRAMPAS hanya berdiam diri melihat SI PERAMPAS DAN YANG KENA RAMPAS bergaduh sesame sendiri.

YANG KENA RAMPAS sudah pasti akan sentiasa merasa kecewa, terluka, tertipu.....dan macam-macaim lagi . C PERAMBAS pula merasa diri di cabar kerana ramai yang menyalahkan dirinya. C ISTERI akan merasa dirinya tertipu oleh C SUAMI kerana tergamak menduakan hatinya.....setelah berbagai pergorbanan yang dilakukan dari awal perkahwinan hinggalah kesaat ini. C ISTERI pasti akan tertanya-tanya apa kurangnya diri mereka....menjadi isteri yang setia....menjalankan tanggungjawab dengan baik.....menghadiahkan anak-anak sebagai pengikat kasih.....menjadi teman dikala suka dan duka.....sanggup mengharungi kesusahan bersama-sajma, jadi apa lagi yang kurang sehingga C SUAMI mampu mencari yang lain. Mungkin juga kerana rasa jemu.....dah tak menarik dan tiada lagi belaian manja.....biasalah orang lelaki nie sebenarnya manja....sentiasa mahu diberikan perhatian dan dimanjakan. Tapi C ISTERI pula tak mampu memberikan sepenuh perhatian, maklumlah mana nak jaga anak-anak
..berkerja....uruskan makan minum dan macam2 lagilah pendek kata tugas isteri ni bukannya sikit dari pagi membawa kemalam. Jadi untuk sentiasa kelihatan menarik dan bermanja-manja tu susah le sikit. Kalau ada pun waktu-waktu tertentu je, lagi pun mugkin dia merasakan C SUAMI sudah menjadi haknya jadi kenalah terima diri C ISTERI seadanya. Seperti mana C ISTERI menerima C SUAMI seadanya....faham-faham sajalah bila dah kahwin segalanya berubah termasuk penampilan dan fizikal.

C SUAMI pula bukan tak sayang lagi pada C ISTERI cuma kadang-kadang cabaran diluar amat hebat. Gadis-gadis cantik banyak juga meminati suami orang kerana bagi mereka suami orang nie banyak pengalaman dan dari segi financial agak kukuh jadi tak salahlah mereka berkongsi kasih. Lagi pun lelaki kan boleh kahwin 4 so apa salahnya mereka memenuhi ruang yang masih kosong. So jadilah episod CINTA TIGA SEGI. Sesungguhnya lelaki ni kalau dah bercinta susah cikitlah nak pulihkan dia, walau apa pun halangan dan rintangan dia akan teruskan juga....C ISTERI kenalah ingat kuasa ditangannya kita tak mampu mengatasi power yg dia ada. Kalau dihalang pun dia masih boleh bersatu, memang kenyataannya mana ada isteri yang sanggup berkongsi kasih...kalau ada pun tak ramai. Jadi kita hanya ada 3 pilihan sama ada menerima diri di MADUKAN dan BERKONGSI KASIH atau berjuang untuk mendapatkan hak sepenuhnya kembali atau membiarkan suami membuat pilihan sama ada kekasihnya atau isterinya.....dan suami kena pilih hanya satu. Jadi S SUAMI pun mula rasa serba salah biasa le ayat lelaki dia akan cakap dia sayang kedua-duanya. Dalam hal ini sama ada S ISTERI masih ada peluang atau C KEKASIH yang berjaya memiliki......yang nyata pilihan ke 3 nie salah seorang harus mengalah.....Begitulah lumrah hidup berumahtangga kita akan melalui berbagai dugaan....

Bagi C KEKASIH......atau ramai yang memanggil mereka C PERAMPAS mereka pun ada alasan tersendiri. Selalunya kita akan dengar dah ditakdirkan jodoh mereka dgn suami org nak buat macam mana.....or lelaki kan boleh berkahwin lebih so mereka hanya ingin menumpang kasih so apa salahnya sama-sama berkongsi kasih tak luak apa-apa pun sbb C SUAMI boleh berlaku adil.....tapi hakikatnya berkongsi kasih bukan mudah juga kena cukup kuat mental fizikal. Biasa lah sudah menjadi YANG KEDUA kenalah banyak mengalah tak bolehlah nak berkepit selalu begitu juga hal-hal rasmi S SUAMI harus bawa yg pertama dan banyak juga harus didahulu kan yang pertama kerana mereka pun dah berkorban sanggup izinkan suami bersama org lain. Jadi yang kedua nie kenalah faham....kata orang nama lagi berkongsi KASIH. Pun begitu ada juga YANG KEDUA ni mahu dilayan lebih maklumlah yg bongsu katakan....buat masa nie lah....takut juga dalam diam dah tak jadi yg bongsu Mereka sengaja nak curi perhatian suami extra, yang suami nie bukan apa dah sayang turutkan saja tapi bila sampai masa pening juga kepala bila yg PERTAMA merungut tak berlaku adil....dah mulalah phasa....protes dan mengungkit bagaimana mula-mula janji C SUAMI akan sentiasa adil......Hakikatnya bukan seronok juga pasang 2 neh.....kena banyak guna akal yang panjang....tapi ada yg tak serik sampai terbabas pasang yang ke 3 pulak. Begitulah lumrah hidup BERMADU....DAN BERKONGSI

C SUAMI pula kena juga peka....ada 2 kategori kekasih....yg satu memang tulus ikhlas menyintai anda dan sanggup melalui suka duka bersama.....yang satu lagi pula bukanlah sayang sangat tapi di sebabkan tidak mahu melalui kehidupan susah bila berumahtangga kata orang lebih baik korbankan cinta dari hidup serba kekurangan. Biasalah bila sama-sama bujang masing-masing baru nak menapak dan harus berusaha untuk mencari kesenangan. Jadi kenalah bersusah-susah dahulu, tapi kalau dgn kekasih yang berkeluarga mereka dah mampu bagi apa yg di ingini......asalkan diri sanggup jadi milik mereka. Jadilah kasih sayang yg tak berapa ikhlas yang penting hidup mewah....so S SUAMI jgn le harapkan dia akan setia selamanya, takut bila tiba-tiba terjatuh susah....belum tentu dia sanggup susah bersama.

Begitu juga sedang berkasih sayang bila sudah serahkan jiwa dan raga dan berharap akan bersama selamanya. Mengakhirinya dengan sebuah ikatan yang lebih kukuh tiba-tiba kekasihnya di RAMPAS oleh orang lain. Jadi hancur musnahlah segala impian untuk bersama dan menikmati kebahagian selamanya. Tapi bagi yang masih berkasih sayang kalau dah buah hati berubah hati tak perlulah meranakan diri kerana dia memang jenis yang tak setia....peluang untuk bertemu yang lain masih luas.....mungkin lukanya memang sakit tapi sekurang-kurangnya biar sakit sekarang dari sakit bila dah bersatu....tak kan baru kahwin nak bercerai pula....

Sesungguhnya tiada istilah PERAMPAS....MERAMPAS DAN DIRAMPAS......bagi saya apa jua yang berlaku bukanlah dari sebelah pihak saja. Kalau macam mana C GADIS mengoda dan memujuk rayu tapi kalau IMAN KUAT DIDADA tak mungkin ada orang KE TIGA dalam sebuah perhubungan. Punca terjadinya CINTA TIGA SEGI adalah kehendak nafsu....kata orang TEPUK SEBELAH TANGAN TAK AKAN BERBUNYI jadi kedua-duanya ada tindak balas. Kalau C LELAKI rasa dia tidak mahu melukakan hati orang yang disayangi dan menghancurkan hati orang-orang yang menyayanginya tak perlulah melayan godaan, caranya sentiasalah bersama isteri kemana saja atau sentiasa beringat yang diri masih banyak tanggungjawab untuk keluarga.

Bagi yang BERKASIH SAYANG anda terlebih dahulu mengenali kekasih anda dan untuk mendapat cinta darinya pun bukan mudah dan mengambil masa yang lama. Jadi bila sudah mengenali hati budi masing-masing kenapa harus berubah hati dan pergi pd yang belum pasti hati budinya. Untuk mencari yang sempurna memang takde siapa yang sempurna di dunia ini tapi terimalah kekasih anda seikhlas hati dan seadanya.

Bagi yang sedang mencuba untuk memiliki hak orang lain cuba-cubalah pikirkan buruk baiknya dulu. BAGAIMANA PERASAAN ANDA BILA HAK ANDA DI GANGGU DAN HIDUP INI SEPERTI RODA HARI INI KITA BERJAYA MERUNTUHKAN KEBAHAGIAN ORANG LAIN TAK MUSTAHIL GILIRAN ANDA AKAN TIBA. MENIKMATI KEBAHAGIAN DARI AIRMATA ORANG LAIN......MAMPUKAH ANDA MERASA BAHAGIA SEBENARNHYA.....?????