Followers

Tuesday, August 31, 2010


SUAMI KU ANAK EMAK

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? Bagaimana perasaan anda? Namun jika anda pernah mengalaminya, harap dapat bersabar dan cuba habiskan artikel ini. Hari ini saya hendak berceloteh berkenaan lelaki yang sudah bergelar suami sebenarnya anak emak! Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.

Ke semua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya. Kisah anak lelaki yang dikaitkan sebagai ˜anak emak” bukan perkara baru. Segala-gala dilakukan ˜anak emaK” selalu direportkan kepada ibu. Secara umumnya ˜anak emak” dikaitkan dengan anak lelaki yang terlalu dimanjai ibu kerana 1,001 alasan.

Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa. Malah, ada rumahtangga yang berantakan, gara-gara tingkah laku suami yang berlebih-lebihan mengikut telunjuk emak dia. Bukanlah maksud saya hendak menyuruh suami menderhaka kepada emaknya sendiri, tetapi taat kepada ibu pun ada batasnya. Taat kepada ibu bukan bermakna tidak mengapa suami boleh nusyuz kepada isteri sendiri. Ingat tu!

Tidak dinafikan, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu mungkin tidak mengundang masalah, walau bagaimanapun, sebaliknya setelah mendirikan rumahtangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan suami perlu membahagikan perhatian. Seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membahagikan kasih sayang antara seorang isteri dan ibu. Lelaki juga perlu jelas kepentingan yang patut diberi antara wanita yang dicintai dan wanita yang disanjung tinggi dalam hidupnya.

Kasih sayang yang salah boleh merosakkan

Menurut Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh pula, berdasarkan penelitian perkara ini boleh menimbulkan masalah dengan isteri apabila si anak mula membandingkan perkara dilakukan isteri dengan ibunya, seperti cara memasak, cara mengemas rumah dan sebagainya yang berlebihan hingga menimbulkan kecil hati isteri. Kalau memuji dan membandingkan dengan berlebihan, si isteri akan rasa kekurangan dan apabila berlaku, keadaan ini boleh menggugat keharmonian rumah tangga kerana isteri mungkin berasa dirinya tidak berperanan dalam rumah tangga, katanya yang mengatakan beliau ada mengendalikan purata tiga kes sebulan membabitkan isu berkenaan.
Katanya, anak emak berlaku dalam semua lapisan masyarakat dan lazimnya dikaitkan dengan lelaki kerana anak lelaki dikatakan lebih pandai mengambil hati ibu menyebabkan seorang ibu cenderung mengasihi anak lelaki.
Malangnya kasih sayang itu boleh merosakkan kerana anak lelaki dilayan bagaikan raja, sedangkan anak perempuan dibebankan tugas yang berat. Malah ada kalanya, kehendak anak lelaki diberikan sedangkan anak perempuan terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang dihajati.
Sedangkan perkara itu boleh mengundang masalah pada kemudian hari termasuk generasi lelaki seterusnya yang tidak tahu tanggungjawab dan hidup bergantung kepada orang lain. Ibu boleh beri kasih sayang, tetapi biarlah berpada-pada. Usah sampai terjadi anak perempuan terasa hati, memanjakan anak lelaki tidak bertempat hinggalah membasuh sebiji cawan pun dilarang yang mana kelak dia akan menjadi seorang suami atau ayah yang mungkin tidak tahu memberi nafkah kepada anak dan isteri

Kenali personaliti jejaka

Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali kekasih anda terlebih dahulu. Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.

Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki ˜anak emak”, maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.

Memberitahu perasaan

Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri. Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.

Terbuka dan positif

Apabila anda berfikiran terbuka dan positif, segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar. Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar dapat mengharungi segala masalah dengan tenang. Ibu mertua juga semakin lanjut usia, sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya. Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan dan kasih sayang yang utama jarang timbul dalam diari kehidupan yang indah ini.

Jalin hubungan baik

Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda. Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu. Berusaha mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan aksesori barangan kemas pada hari jadinya atau pun merancang majlis untuk hari istimewanya. Lebih manis lagi, berikan sedikit duit saku setiap bulan atau membawa ibu mertua ke pusat beli-belah dan ke spa supaya dia tahu anda menghargai dirinya.

Jangan mudah putus asa dan sentiasa berdoa agar suami atau kekasih anda akan menyedari sikapnya dan sekiranya dia terus tidak berubah cubalah berbincang dan meluahkan segala perasaan yang terbuku selama ini. Semoga suami atau kekasih anda lebih memahami dan cuba memperbaiki keadaan.

2 comments:

Faizal n Fashitah said...

Macam kes saya, memula tu ibu terlalu sayang kat saya hinggakan saya dah kawen ni pun dia still lagi nak control2/ call hari2 suruh datang ke rumah/ etc. That's why kadang2 tu si wifey pun terasa gak coz ibu dia takde la over sangat or control2 macam ibu saya. Mula2 memang agak sukar hidup dalam situasi begini. Tapi as time goes by, ibu slowly faham keadaan saya dan slowly melepaskan kongkongan terhadap saya. In return, kini saya dapat membahagikan masa antara wifey n ibu.

drugbuster said...

syurga dibawah tapak kaki ibu...