Followers
Sunday, December 26, 2010
BERCINTA SELEPAS KAHWIN LEBIH BAHAGIA…..BENARKAH?
Di zaman sekarang memang susah untuk mencari perkahwinan seperti ini…kalau ada jumlahnya tidak lah banyak. Mungkin setengah orang menganggap seperti “Kahwin Paksa” bunyi agak menakutkan kepada setiap orang. Mana tidaknya kalau boleh semua orang ingin berkahwin dengan orang yang dicintai, dan impian setiap pasangan sudah tentulah ingin bersama hingga ke hujung nyawa. Namun kita harus juga percaya jodoh itu ketentuan Tuhan, manusia boleh merancang tetapi Allah yang menentukan.
Kalau kita renungkan di zaman nenek moyong dan ibubapa kebanyakkannya keluarga mereka yang merancang perkahwinan mereka. Mereka hanya mengenali pasangan mereka bila sudah tiba masa untuk mereka disatukan. Tidak boleh dibayangkan bagaimana perasaan masing-masing… kalaulah kita ditempat mereka bagaimana ye? Hendak berkahwin dengan orang yang tidak pernah kita cinta malah jauh sekali keluar dating ke…or sekurang-kurangnya mengenali hati budi masing-masing. Bagi keluarga, mereka telah mempertemukan jodoh yang terbaik buat anak mereka. Walaupun mereka hanya berpeluang untuk bercinta dan berkasih sayang selepas kahwin tetapi perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Malah kasih sayang mereka begitu kukuh dan ikhlas.
Bagaimana dengan percintaan zaman sekarang ? Cinta setengah mati…berkasih sayang bertahun-tahun tetapi bila telah berkahwin hanya boleh bertahan beberapa tahun. Malah ada juga berkahwin tidak sampai setahun sudah bercerai. Semasa bercinta semuanya indah walaupun ada keburukkan kita seolah-olah tidak kisah dan dapat menerima kekasih kita seadanya tapi bila sudah serumah …sebantal….makan sepinggan segala keburukkan menjadi masalah. Yang lebih sedih wanita seharusnya dilindungi dan diberi kasih sayang tetapi bila dah jadi hak mutlak suami begitu angkuh mereka memukul..sepak terajang..memaki hamun malah ada yang mengambil kesempatan diatas kelemahan isteri. Sedangkan semasa di ijab kabul telah berjanji melindungi…menjaga keperluan isteri dan membimbing mereka kejalan yang diredhai Allah.
Ada juga yang menyatakan faktor umur yg boleh terjadi perceraian ialah ada juga pasangan yang berkahwin muda. Jadi masing-masing belum matang dalam melalui dugaan dan cabaran dalam perkahwinan. Tapi orang dulu-dulu umur baru 16 atau 17 tahun sudah pun menjadi isteri orang, namun kekal hingga ke hari ini…kenapa? Ini semua bukan kerana faktor umur…bercinta atau kahwin paksa, tetapi lebih kepada diri masing-masing. Bagaimana kita mampu mempertahankan kasih sayang dan kebahagian rumahtanggai. Kalau seorang sedang marah…sepatutnya seorang lagi menjadi air yang boleh meredakan api yang menyala. Tapi selalunya masing-masing tidak mahu mengalah akhirnya api bertemu api maka terbakarlah rumahnya itu. Kalau kita menerima pasangan kita ikhlas dan berpegang kepada kasih sayang jua redha menerima pasangan kita seadanya…walau wanita secantik mana pun cuba mengoda pasti sang suami boleh menahan godaan itu kerana mereka tahu mereka telah memilih isteri mereka sebagai wanita yang terbaik untuk mereka. Begitu jua sang isteri harus taat dan hormat pada suami kerana apa jua yang mereka lakukan suami bertanggungjawab 100% terhadap mereka.
Jadi bahagiakah Cinta sebelum kahwin..? Atau deritakah Cinta selepas kahwin..? Ini semua pandangan masing-masing. Saya juga tidak boleh lari dari dugaan ini walaupun mengenali dan bercinta sejak sekolah lagi dengan bekas suami saya tetapi hubungan kami hanya boleh pertahan selama 16 tahun…namun saya redha dengan ketentuan Allah. Saya tidak akan memandang kebelakang lagi dan saya harus terus berusaha untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak saya. Walau pun hingga kini saya masih sendiri tapi saya bahagia bersama anak-anak dan saya rasa lebih selesa hidup begini. Biar Allah saja yang menentukan siapa jodoh saya kiranya saya masih ada jodoh tetapi saya tidaklah berharap sangat kerana masih perlu membina kejayaan dalam hidup saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pastinya ikut situasi,keadaan,perasaan & keihlasan
tak kisah la bercinta sebelum atau sesudah kawenn
agaknye kot
hehe
yang penting jujur dlm cinta, kan... (^.^)
Post a Comment