Followers

Thursday, December 30, 2010


BENARKAH LELAKI SUSAH MEMINTA MAAF…..??? MUNGKIN KERANA MEREKA EGO…

Mungkin juga ada betulnya kerana saya juga mengalami perkara yang sama. Adakalanya naluri seorang wanita agak tersinggung juga bila dia membuat salah tetapi dia buat tak faham aje….akhirnya kita yg harus memujuk diri sendiri. Hati wanita ini sungguh lembut jadi mereka mudah terasa jika ada yang tidak kena. Tapi bagi pihak lelaki pula kesalahan yang mereka buat hanya perkara kecil atau remeh temeh. Lelaki nie bila bab remeh mereka rasa tak perlulah nak di ambil hati sangat. Bagi mereka banyak lagi perkara yang lebih besar harus difikirkan jadi setakat gaduh kecik-kecik nie lama-lama redalah kita nanti. Pada hal mereka tak tahu ada kalanya kita makan hati juga dengan sikap mereka…..

Kerana itulah kalau kita tidak mahu perasaan kecil hati ini berpanjangan kenalah selalu mengalah, kalau kita terus meluahkan apa yang kita rasa katanya kita nie kuat membebel pulak so ada masa kita kena pendamkan dulu bila ada waktu yg sesuai barulah diluahkan apa yang kita rasa tidak puas hati.

Sedikit info mengenai mekanisma otak lelaki dan wanita apabila menghadapi isu salah siapa.

Orang lelaki kebanyakkannya, yang berkonsepkan "monotrek", kurang menggunakan bahagian emosi yang terdapat di tengah-tegah otak. Binaan ini bertujuan supaya orang lelaki fokus mindanya kepada perkara-perkara luaran. Agar org lelaki cepat mengubah sekelilng dan menerokai alam luas. Cepat menyalahkan orang lain, perkara lain, persekitaran untuk membaiki sesuatu isu atau rintangan.

Orang perempuan kebanyakannya, multitrek dan minda yang fokus kepada hubungan interpersonal, maka banyak menggunakan bahagian emosi sebagai motivasi untuk mengeratkan hubungan peribadi. Perempuan akan cepat menyalahi dirinya apabila timbul sesuai isu agar dapat bersedia untuk menjaga hubungan dengan orang lain. Dengan ini orang perempuan mudah menyalahkan diri sendiri berbanding lelaki.
Bagi lelaki, kata maaf berarti ia gagal, sementara bagi wanita, berani minta maaf itu merupakan tindakan terhormat.

Maaf mengandung erti bagi lelaki bahawa ia telah gagal. Jika ia gagal, maka harga dirinya pun jadi tercemarlah. Oleh karena itu, meski merasa bersalah atau menyesal, kaum lelaki jarang mengungkapkannya secara verbal.

Mereka cenderung melakukan hal-hal istimewa, seperti membeli bunga, belanja makan, atau merayu, untuk 'membayar' rasa bersalah itu. Mereka tidak ingin dicap gagal saat mereka minta maaf.

Oleh kerana itu, kita perlu menjadi teladan bagi mereka. Jika Anda berbuat salah, minta maaflah. Dengan demikian mereka akan melihat bahwa minta maaf itu bukanlah bentuk kegagalan, namun sebaliknya.

Lelaki tidak tahu mereka salah, dan kalau pun mereka tahu mereka tidak suka disalahkan.

Bisa jadi lelaki enggan minta maaf kerana mereka tidak tahu bahawa mereka salah. Atau jika mereka tahu, mereka tidak menyedari bahawa Anda telah terluka kerananya. Dalam hal ini, Anda harus mengungkapkan secara jujur apa yang Anda rasakan jika ia berbuat seperti itu.

Bicarakan dengan nada lembut tanpa ada menghakimi atau menyalahkannya, kerana sesiapa juga tidak suka disalahkan . Ingatlah, bahawa tujuan Anda adalah agar dia tidak mengulangi kesalahan yang sama, bukannya mencari kesalahannya dan mempermalukannya.

Paling bermasalah bagi seseorang lelaki ialah, EGO.

Ego ni banyak sifat egonya. Ego segala-galanya dan ego berkaitan sesuatu perkara iaitu mungkin prinsip, perilaku, kaedah dan sifat. Tapi rata-ratanya takde seorang manusia pun yang takde ego. Semua orang ada ego cuma yang jenis lelaki ni suka sangat ego menguasai diri. Contoh ego lelaki yang paling senang nak dengar di mulut, "Lelaki mana boleh menangis!. Pantang pula jadinya kalau nak menangis. Tapi kalau nak diikutkan lelaki amat senang menangis. Time dia kena hina or time awek tinggal dia…. Realitinya kebanyakkan lelaki amat mudah menangis tapi ditahan-tahan sampai merah muka atau cakapnya jadi sebak-sebak. Jatuh maruah kalau menangis, katanya. Tapi apa salahnya menangis. Nabi sendiri menangis. Adam lagi lama menangis memohon maaf kepada Allah. Umar yang garang dan perkasa tu pun menangis. Gladiator Russel Crowe tu pun menangis. Maknanya menangis untuk lelaki tidak salah tapi lelaki ni terlalu kontrol sifat ini menjadikan menangis adalah suatu sifat negatif. Kalau depan awek, cukup pantang kalau menangis. Takut awek dia nanti fikir dia seorang yang lemah. Tapi ditambah pelik kalau awek sendiri fikir pakwe dia lemah sebab menangis. Apa salah pakwe dia menangis. Tapi kalau kena tegur sikit menangis, memang salah la tu.. Lelaki yang menangis adalah lelaki yang sensitif dan jujur. Mereka anggap menangis bukan sesuatu yang memalukan tetapi sesuatu yang menunjukkan pendirian mereka. Tapi jangan la lelaki pergi menangis kalau sebab motor rosak ke, handset tak boleh guna ke or hari tu awek banyak kerja jadi tak boleh lunch sama. Merepek namanya tu.

Orang lelaki susah sangat nak dengar nasihat orang perempuan. Kalau awek or isteri mereka cakap, cuba buat itu buat ini. Nanti pakwe or suami cakap, mulalah tu nak tentukan hidup dia. Kalau dah kahwin pun satu hal . Mereka ingat isteri tu pembantu rumah, baik ambil pembantu rumah je. Senang hati mereka akan buat kerja tanpa banyak soal. Isteri tu bukan dikawen untuk jadi orang suruhan pula? Ianya Sama taraf dalam perkahwinan. Takkan la bila balik kerja, campak je baju dalam raga baju untuk dibasuh. Basuh la sendiri encik abang. Dulu masa bujang pandai pula basuh sendiri. Makan pun nak suruh isteri atau tunggu isteri siapkan. Dulu makan meggi tiga kali sehari pun OK je. Baju pun nak isteri ironkan. Dulu time pergi kerja atau time dating, pandai pula iron baju sejam dua sampai tak nampak kedut semata-mata nak tarik perhatian awek.

Isteri pun pergi kerja juga dan sama-sama cari rezeki untuk membantu keluarga, tak salahlah bila tiba masa buat kerja rumah cuba bantu isteri mana yang patut….ini tidak lepas makan basuh tangan terus on TV….pinggan makan pun malas nak letak dalam zinky dan nak cuci tangan pun kena disediakan depan mata…..iiiissshhhh…iiissshhhh macam tuan besar masa, masa bujang dulu boleh pulak basuh pinggan mangkuk sampai berkilat. Sang isteri balik kerja terus ke dapur tengok apa yang patut untuk makan malam, jadi apa lah salah tengok-tengokkan anak sementara isteri masak….tapi selalunya si suami capai suratkabar or baring kat sofa. Bila anak menangis berkejarlah sang isteri dari dapur pergi pujuk anak kecil tu dulu sedangkan sang suami macam buat tak dengar aje tangisan anak tu kalau dengar pun bunyinya hanya sayup-sayup….Walaupun lelaki rasa ini perkara remeh tapi bagi isteri adakalanya berkecil hati juga kerana suami langsung tidak mahu memahami kepenatan yg mereka lalui. Tanggung jawab isteri ini bermula dari pagi lagi membawalah kemalam….nanti kalau malam tak dilayan suami katanya berdosa membiarkan suami tidur dalam kehampaan. Jadi kenalah si suami bertolak ansur apa yang patut supaya isteri tidak le penat bila tiba masanya….

Tapi orang pompuan ni kena lah terima kenyataan lelaki ini cukup-cukup susah nak minta maaf sampai rasanya minta maaf tu hanya wujud bila orang dah nak mati ke atau dah nak kehilangan sesuatu. Tapi kalau buat salah pun, biasanya lelaki tu buat donno je walaupun dah terang lagi bersuluh salah dan silap dia. Tapi bukan jatuh pun maruah seorang lelaki kalau mereka minta maaf pada awek or isteri mereka rasanya kalau korang ada buat salah walaupun kecil cubalah sekali sekala buang perasaan ego tu. Bukan nak tunjukkan mereka tu raja atau queen control, cuma nak mereka sedar kita ni ada buat salah dan kita akui kesalahan kita. Awek or isteri pun kalau dah pakwe or suami minta maaf, maafkan la. Tak payah merajuk panjang bukan senang nak dengar ucapan maaf secara spontan dari kaum Adam ni. Lelaki ni kurang tahan sabar. Jadi jangan uji sangat kesabaran lelaki. Rasanya ini menarik untuk mengukuhkan rasa kasih sayang, apa salahnya kalau dipenghujung hari sebelum kita berpisah (nak balik rumah) atau sebelum tidur, sama-sama mohon maaf kalau ada apa-apa kesilapan kita dihari itu. Ye la, mana kita tahu perasaan masing-masing daripada memendam kan….. Dan mana kita tahu esok kita dah tiada lagi. Sekurang-kurangnya kita dah mohon maaf. Dan sekurang-kurangnya ianya romantik. Perempuan kalau tak cair, jugak dengan cara nie tak tahu nak cakap le….Kerana orang pompuan nie sifatnya cepat pemaaf tapi sukar melupakan luka dihati….

Tuesday, December 28, 2010


WANITA OBSES DEMI CANTIK….BENARKAH?

Kecantikkan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan ia adalah lumrah seorang wanita. Apa saja yang didengar tentang produk kecantikkan pasti ada yang ingin mencuba….yang penting hasilnya mesti nampak cantik dan menawan. Tidak kiralah berapa pelaburan yang harus dikeluarkan bagi wanita yg fanatik tentang kecantikkan mereka tidak merasa itu satu pembaziran tetapi lebih kepada keuntungan yang berbaloi. Terpulang pada individu yang mana berkemampuan mereka sanggup menghabis berpuluh ribu sebulan dan yang sederhana tu sanggup mengikat perut untuk kumpul duit bagi membeli produk yang diidamkan. Masing-masing punya alasan sendiri kenapa mereka harus sentiasa kelihatan cantik. Yang muda mestilah ingin kelihatan cantik agar sang teruna akan tertawan. Bagi yang berkahwin kecantikkan mereka untuk sang suami agar tidak tergoda pada wanita lain. Bagi artis dan model kecantikkan adalah punca rezeki mereka….siapa nak ambik artis yang tak cantik dan tak kacak kan…..

Ada juga sanggup menghabiskan berpuluh ribu untuk nampak sentiasa langsing, dah lah duit banyak habis kena pula tanggung kesakitan selepas itu. Beberapa kes kematian dilaporkan sebelum ini gara-gara menyedut lemak. Terbaru membabitkan seorang penjual barang kraf tangan, yang bertekad mahu memberi kejutan kepada suaminya untuk menguruskan badan yang dikatakan naik 10 kilogram kepada 60 kilogram, maut selepas 20 minit menerima suntikan bius bagi pembedahan sedut lemak di sebuah klinik pada 17 Disember lalu. Selain itu, turut menjadi mangsa, isteri seorang bekas Ahli Parlimen yang koma selama 10 bulan, akhirnya meninggal dunia selepas menjalani pembedahan kosmetik di sebuah klinik swasta di Klang.

Sekarang ini bukan sahaja wanita berminat melakukan pembedahan kosmetik termasuk sedut lemak, lelaki juga ada keberanian yang sama. Ternyata teknologi itu menjadi buruan lelaki dan wanita untuk sama-sama tampil cantik dan tampan. Pembedahan kosmetik seperti sedut lemak tidak boleh dipandang ringan biar pun ia dikatakan satu prosedur biasa dan melibatkan pembedahan kecil. Sekecil mana pun pembedahan itu tetap ada risiko tersendiri. Bagaimanapun perlu diingat, rawatan sedut lemak hanya untuk tujuan kosmetik iaitu memperelokkan bentuk badan yang sekali gus membuatkan seseorang berasa lebih yakin dengan diri sendiri. Ia tiada kesan ke atas tahap kesihatan. Walaupun ia proses membuang lemak, ia tidak menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana lemak yang disedut terletak di bawah kulit. Malah bagi individu yang rawatan sedut lemak tidak menghilangkan masalah anda kerana lemak penyebab masalah ada di dalam abdomen.

CERITA OBSES TENTANG KECANTIKKAN

Brazil
Masalah kecantikan diibaratkan sebagai masalah negara. Negara yang terkenal dengan wanita-wanita cantik ini sangat obses tentang bentuk badan yang ‘perfect’ tanpa seinci lemak, terutama bagi wanita yang tinggal berhampiran pantai-pantai (kata nak pakai bikini).

Majoriti wanita berat antara 45-55kg sahaja-Brazil pengeluar pil diet terbesar di dunia.

Pembedahan plastik/kosmetik satu perkara normal, malah terdapat 4 majalah wanita khas untuk pembedahan plastik ini. Hebat!

Hampir separuh dari gaji dibelanjakan untuk kecantikan.

Struggle untuk cantik: Wanita-wanita Brazil tidak akan bahagia/gembira jika tidak cantik..


Jepun


Kulit: Kecantikan bagi mereka ialah kulit yang cantik mulus, putih, halus macam porcelain.

Penggunaan Kolagen: Wanita di sana sangat obses dan mengambil kolagen dalam pemakanan samada dicampur dengan air teh atau dimasak dengan makanan, ataupun pergi ke restoran yang menyediakan Collagen Hot Pots. Selalu kita dengar kolagen ikan kan, ini kolagen daging lembu pun ada..

Iran

Menjadi pusat ‘nose job’ atau pembedahan plastik hidung terbesar di dunia kira-kira 60,000 kes setiap tahun. .Kenapa ye hidung die orang kan dah mancung?
Tutup aurat: Oleh kerana setiap inci badan dilitupi kain kecuali jambul sejembut dan muka, maka fokus utama ialah wajah di mana semua orang boleh menghayatinya..Gulpp
Selepas pembedahan mereka akan memakai pembalut hidung dengan bangganya seolah mendapat anugerah.


France


Di Paris cantik adalah langsing, anggun, cantik, dan berkelas. Di Paris, para wanita menghabiskan banyak waktunya untuk perawatan kecantikan. Karena wanita Paris langsing-langsing, mereka hanya menyediakan baju dengan ukuran 12 untuk wanita. Anehnya, menurut mereka, umur 60 tahun adalah saat wanita Paris paling cantik.

Mauritania

Hampir di semua negara menganggap cantik itu ibarat dengan langsing , tapi di negara bagian Afrika barat, Big is Beautifull. Mauritania negara berpasir yang terletak di sebelah barat laut Afrika. Arti kecantikan sangat berlawanan di Mauritania, dimana besar itu lebih baik(Sexy) dari pada langsing.

Semakin Besar(Gendut) seorang wanita, maka semakin banyak lelaki yang suka, jika semakin langsing maka semakin tidak laku. Mendengar hal tersebut, berbahagialah si Oprah, dan seluruh wanita di dunia yang kelebihan lemak. Kerana semakin gendut, semakin banyak yang suka, maka sejak kecil anak-anak perempuan mereka diberi makan-makanan, dan susu unta yang berlemak tinggi secara berlebih.
Kerana berlebihan, anak-anak tersebut muntah, tapi malah diberi lebih banyak lagi. Makanya tidak heran, makanan di sana mengandung banyak lemak dan tak ada yang menjual makanan diet atau pil diet di Mauritania. Lucunya, pria di Mauritania haruslah kurus atau langsing.

Tapi bagi saya berpada-padalah kalau nak cantik kerana ia tidak kekal lama bila tiba masanya nanti wajah dan bentuk badan pasti akan berubah juga kerana ia adalah lumrah alam. Tidak ada sesiapa yang boleh kekal muda selamanya yang penting sihat tubuh badan. Menjaga kesihatan diri dengan bersenam dan menjaga pemakanan sudah cukup baik untuk kecantikkan diri. Banyakkan makan sayur-sayuran dan ulam juga boleh kekal cantik dan sihat. Jiwa yang bersih akan menampakkan kecantikkan luaran. Sentiasa senyum salah satu fungsi untuk kelihata sentiasa muda dan cantik.

Sunday, December 26, 2010


BERCINTA SELEPAS KAHWIN LEBIH BAHAGIA…..BENARKAH?

Di zaman sekarang memang susah untuk mencari perkahwinan seperti ini…kalau ada jumlahnya tidak lah banyak. Mungkin setengah orang menganggap seperti “Kahwin Paksa” bunyi agak menakutkan kepada setiap orang. Mana tidaknya kalau boleh semua orang ingin berkahwin dengan orang yang dicintai, dan impian setiap pasangan sudah tentulah ingin bersama hingga ke hujung nyawa. Namun kita harus juga percaya jodoh itu ketentuan Tuhan, manusia boleh merancang tetapi Allah yang menentukan.
Kalau kita renungkan di zaman nenek moyong dan ibubapa kebanyakkannya keluarga mereka yang merancang perkahwinan mereka. Mereka hanya mengenali pasangan mereka bila sudah tiba masa untuk mereka disatukan. Tidak boleh dibayangkan bagaimana perasaan masing-masing… kalaulah kita ditempat mereka bagaimana ye? Hendak berkahwin dengan orang yang tidak pernah kita cinta malah jauh sekali keluar dating ke…or sekurang-kurangnya mengenali hati budi masing-masing. Bagi keluarga, mereka telah mempertemukan jodoh yang terbaik buat anak mereka. Walaupun mereka hanya berpeluang untuk bercinta dan berkasih sayang selepas kahwin tetapi perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Malah kasih sayang mereka begitu kukuh dan ikhlas.

Bagaimana dengan percintaan zaman sekarang ? Cinta setengah mati…berkasih sayang bertahun-tahun tetapi bila telah berkahwin hanya boleh bertahan beberapa tahun. Malah ada juga berkahwin tidak sampai setahun sudah bercerai. Semasa bercinta semuanya indah walaupun ada keburukkan kita seolah-olah tidak kisah dan dapat menerima kekasih kita seadanya tapi bila sudah serumah …sebantal….makan sepinggan segala keburukkan menjadi masalah. Yang lebih sedih wanita seharusnya dilindungi dan diberi kasih sayang tetapi bila dah jadi hak mutlak suami begitu angkuh mereka memukul..sepak terajang..memaki hamun malah ada yang mengambil kesempatan diatas kelemahan isteri. Sedangkan semasa di ijab kabul telah berjanji melindungi…menjaga keperluan isteri dan membimbing mereka kejalan yang diredhai Allah.

Ada juga yang menyatakan faktor umur yg boleh terjadi perceraian ialah ada juga pasangan yang berkahwin muda. Jadi masing-masing belum matang dalam melalui dugaan dan cabaran dalam perkahwinan. Tapi orang dulu-dulu umur baru 16 atau 17 tahun sudah pun menjadi isteri orang, namun kekal hingga ke hari ini…kenapa? Ini semua bukan kerana faktor umur…bercinta atau kahwin paksa, tetapi lebih kepada diri masing-masing. Bagaimana kita mampu mempertahankan kasih sayang dan kebahagian rumahtanggai. Kalau seorang sedang marah…sepatutnya seorang lagi menjadi air yang boleh meredakan api yang menyala. Tapi selalunya masing-masing tidak mahu mengalah akhirnya api bertemu api maka terbakarlah rumahnya itu. Kalau kita menerima pasangan kita ikhlas dan berpegang kepada kasih sayang jua redha menerima pasangan kita seadanya…walau wanita secantik mana pun cuba mengoda pasti sang suami boleh menahan godaan itu kerana mereka tahu mereka telah memilih isteri mereka sebagai wanita yang terbaik untuk mereka. Begitu jua sang isteri harus taat dan hormat pada suami kerana apa jua yang mereka lakukan suami bertanggungjawab 100% terhadap mereka.

Jadi bahagiakah Cinta sebelum kahwin..? Atau deritakah Cinta selepas kahwin..? Ini semua pandangan masing-masing. Saya juga tidak boleh lari dari dugaan ini walaupun mengenali dan bercinta sejak sekolah lagi dengan bekas suami saya tetapi hubungan kami hanya boleh pertahan selama 16 tahun…namun saya redha dengan ketentuan Allah. Saya tidak akan memandang kebelakang lagi dan saya harus terus berusaha untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak saya. Walau pun hingga kini saya masih sendiri tapi saya bahagia bersama anak-anak dan saya rasa lebih selesa hidup begini. Biar Allah saja yang menentukan siapa jodoh saya kiranya saya masih ada jodoh tetapi saya tidaklah berharap sangat kerana masih perlu membina kejayaan dalam hidup saya.

Thursday, December 23, 2010


BEST FRIEND FOREVER

Someone who is always there for you.
The person you know will never stab you in the back or talk about you badly or hurt you in any way.
Someone who can cheer you up when all seems hopeless.
A true friend reaches for your hand and touches your heart.
A good friend is a connection to life - a tie to the past, a road to the future, the key to sanity in a totally insane world.
A friend accepts us as we are yet helps us to be what we should.
A friend is one of the nicest things you can have, and one of the best things you can be.
The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart.
When we honestly ask ourselves which person in our lives mean the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand. The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing, not curing, not healing and face with us the reality of our powerlessness, that is a friend who cares.
Friendship is one mind in two bodies.
Friends are the sailors who guide your rickety boat safely across the dangerous waters of life.
It takes a long time to grow an old friend.
The language of friendship is not words but meanings.

Tapi sayangnya saya mendapat kawan yang hanya sanggup bersama saya dikala saya senang dan bila saya dalam musibah dia telah menjauhkan diri. Malah dia sudah tidak mahu bercakap dan bertemu dengan saya lagi. Ada juga yang sanggup tikam saya dari belakang dan sanggup memusnahkan kerjaya saya hanya semata-mata kerana sifat cemburunya melihat kejayaan saya. Memang sukar untuk mencari kawan yang ikhlas dan sejati. Yang sanggup bersama kita disaat susah dan senang. Saya hanya dipergunakan utk kepentingan diri mereka...sedih bila mengingatkan kawan-kawan saya ini. Bila kita sangka mereka ikhlas seperti mana kita ikhlas terhadap mereka itu hanyalah keikhlasan yang tidak jujur. Nasib baik saya masih ada beberapa kawan-kawan yang baik hati dan sentiasa memberi sokongan dan semangat walaupun mereka hanya kawan biasa tetapi mereka lebih jujur dan ikhlas dari sahabat yang PERNAH BERKATA KEPADA SAYA BAHAWA SAYA ADALAH SATU-SATUNYA KAWAN YANG DIA ADA...

Monday, December 20, 2010


BERHIJRAH UNTUK MEMPERBAIKI DIRI

Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain.

Setiap kejadian dalam hidup bukan hanya sekedar momentum. Lebih dari itu, ia merupakan makna dan hikmah. Demikian pula dengan Hijrah ini dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Perpindahan yang mesti berlaku di kalangan orang Islam hari ini ialah berhijrah dari perkara yang dilarang Allah ‘Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah’. Bagi seorang mukmin, falsafah hidupnya ialah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari muka lebih baik dari hari sebelumnya.

Begitu juga dengan saya, rasanya inilah masanya saya berhijrah untuk memperbaiki diri dan biarlah ia menjadi satu pengajaran diatas segala kesilapan dan dosa masa lampau. Setiap manusia memang tidak boleh lari dari membuat kesalahan tapi yang penting biar ada kesedaran agar tidak mengulanginya lagi. Saya ingin mencari diri saya yang sebenar, ingin lebih mendekatkan diri dengan Allah, ingin menjadi insan yang lebih baik dan ingin kehidupan yang lebih bahagia untuk keluarga. Sekurang-kurangnya bila saya tiada dimuka bumi ini saya dapat memberikan masa depan yang baik buat anak-anak. Mereka hanya ada saya….saya lah ibu dan saya jugalah bapa mereka.

Biarlah penghijrahan saya akan menjadi lebih baik setelah saya nekad untuk memikul tanggung jawab yang lebih berat. Bukan senang untuk berusaha membina perniagaan sendiri tetapi saya percaya setiap cabaran dan dugaan ada hikmahnya. Disaat ini juga saya sedang melalui berbagai dugaan terutama dalam segi kewangan dengan bermodalkan wang yang tak seberapa saya tidak akan terus putus asa. Saya akan berusaha sedaya upaya demi anak-anak walaupun saya harus mengharungi susah senang sendirian tapi saya percaya setiap pahit getir yang kita lalui pasti ada sinar yang lebih cerah pada masa akan datang. Kata orang bukan satu perkara yang mudah kalau kita nak merasa senang, Setiap cabaran itu akan menjadikan kita orang lebih tabah dan cekal.

Dan bila tiba masanya saya menikmati segala kesenangan atas titik peluh saya sendiri saya berdoa agar Allah sentiasa mengigatkan asal usul saya agar saya tidak leka dan lalai. Agar saya sentiasa muhasabah diri dan biarlah saya dapat membantu orang-orang yang susah agar sama-sama kita dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Amin….

Saturday, December 18, 2010


NASIB WANITA YANG MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Saya ada mengenali seseorang yang meniti hari-harinya dengan penuh sabar. Walaupun dia tahu yang dia bakal menempuhi pandangan negatif dari orang sekeliling kelak bila melihat perutnya semakin membesar apatah lagi dia belum berkahwin. Dia sedar dia telah membuat kesilapan yang besar kerana terlalu mengikut kata hati. Di saat ini barulah dia dapat melihat kebenarannya...bahawa dia digunakan utk pemuas nafsu lelaki yg ego. Selama ini apa yg dilakukan hanya kerana kasih dan sayangnya namun bila sudah berlaku musibah begini lelaki itu tidak langsung melihatkan rasa tanggungjawabya malah sering menyalahkan kekasihnya itu. Lebih menyedihkan hatinya sering disakiti,sikap kekasihnya makin menjadi bila dengan rasa tidak bersalah dia sekarang cuba memikat gadis lain untuk menagih simpati. Malah dia sanggup memburukkan kawan saya dengan menuduhnya yang bukan-bukan.
Betapa malangnya nasib kawan saya kini harus sendirian menanti kelahiran anaknya itu. Dulu memang dia pernah ingin mengugurkan saja kandungannya tetapi seperti ada saja halagan untuk dia berbuat begitu. Ini adalah ujian dari Allah buatnya dan dia kini redha dan pasrah dengan apa yg terjadi pada dirinya. Bila melihat dari luaran pada wajah kawan saya tiada siapa yg tau yg dia sedang melalui dugaan yg maha hebat apatah lagi dia baru berhenti kerja dan kekasihnya kini telah pergi meninggalkan dia. Bagi dirinya biarlah kalau kekasihnya itu tidak mahu bertanggungjawab kerana dia pasti suatu hari nanti pasti kekasihnya itu menyesali dengan apa yg telah dia lakukan dan biarlah hanya Allah saja yg membalas perbuatannya.
Setiap anak akan memberi rezeki insyaAllah pasti ada hikmah disebalik penderitaan yg dia tanggung sekarang. Cuma saya rasa sedih masih ramai lagi memandang hina dan jijik diatas anak yg dilahirkan luar nikah sehingga ramai yg memanggil dgn gelaran ANAK HARAM. Anak itu suci dan tidak ada dosa langsung yg melakukan perkara haram itu adalah ibu bapanya. Jadi janganlah bayi ini dipandang hina...
Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan tak kiralah sesilapan kecil atau besar.. hari ini mungkin hari dia menerima musibah tetapi kita sendiri tidak tahu apa yg akan berlaku pada diri kita pada masa hadapan. So sentiasalah muhasabah diri. Semoga kawan saya kuat mengharungi dugaan ini dan kepada kekasihnya insaflah kamu telah menjadikan seorang insan yg bakal lahir kedunia ini...dan insan itu darah daging mu sendiri. Mungkin juga hanya dia satu-satunya pewaris yg kamu ada didunia ini...jgn sampai anak mu sendiri tidak mahu menerima mu sebagai ayah bila kamu memerlukannya kelak...