Followers

Monday, January 10, 2011


BILA WANITA MEMINANG LELAKI….
DIIBARAT PERIGI MENCARI TIMBA…..BETULKAH?

Memang le kita jarang mendengar tentang perkara begini namum ianya ada berlaku dan tidak mustahil ada yang melakukannya kan…..selalunya lelaki yang harus memulakan dahulu. Pihak lelaki yang merisik khabar, kemudian jika isyarat “lampu hijau” diberikan, maka menyusullah rombongan peminangan. Lelaki meminang wanita. Bagaimana jika sebaliknya, pihak wanita pula yang merisik khabar, kemudian menghantar rombongan meminang? Wanita meminang lelaki. Ah, janggal. Tidak pernah dibuat orang. Begitulah sempitnya adat berbanding keluasan syariat. Justeru dalam sejarah Islam, pihak wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah.

Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah) juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " maka anak perempuan Anas menyampuk " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada cacatnya wanita menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

Sama ada wanita melamar lelaki atau lelaki melamar wanita. Bagi saya istilah “perigi cari timba" seperti yang diungkapkan oleh adat atau budaya masyarakat hari ini sudah tidak relevan untuk diguna pada zaman yang serba maju sekarang. Kebenaran kerap kali nampak janggal (untuk dimulakan) sebab ia bertentangan dengan budaya. Tetapi kita perlukan keberanian untuk melakukan anjakan paradigma, seterusnya perubahan sikap… biarpun terpaksa menanggung risiko dituduh tidak tahu malu!

Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan. Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya. Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya. “Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya. Namun pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama. “Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar. “Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,”

Kerana adat juga kadang-kadang wanita menjadi mangsa dan bila sudah berumur wanita juga yang menjadi bahan cerita dan di gelar pula “Anak dara tua” or sekarang nie lebih komersial dipanggil “Andartu” kenapa mesti malu sedangkan ia tidak melanggar hukum pun. Biasa lah mulut orang akan menyatakan ini dan itu….kerana manusia suka berfikiran negatif, perkara yang baik selalunya susah diberi pujian tetapi kalau ada perkara yang tidak elok sekejap saja berita akan disebarkan, lagi pun dizaman sekarang ini jumlah wanita juga lebih ramai dari lelaki. Yang penting niat kita suci dan ikhlas lebih-lebih lagi boleh mengelakkan dari lebih melakukan dosa.

Namum kaum wanita juga harus lah memilih lelaki yang terbaik dan soleh. Boleh membimbing keluarga dan bertanggung jawab, juga mampu dari segi ekonominya. Bukan mudah sekarang mendapat lelaki yang boleh menjadi idaman wanita kerana itulah kalau bila sudah berjumpa yang berkenan dihati cubalah beranikan diri meluahkan perasaan anda. Nanti kalau lama-lama memendam perasaan pun takut nanti gigit jari sahaja bila dia pergi kepada yang lain. Mungkin kita merasa was-was kalau cinta kita ditolak atau luahan perasaan kita tidak dibalas dengan apa yang kita harapkan tetapi sekurang-kurangnya kita telah ikhlas meluahkan perasaan. Selebihnya serahkan kepada ketentuan Allah, kata orang kalau sudah jodoh walau terpisah jauh pasti bertemu kembali.

Sementara itu lelaki pun janganlah terlalu merasa megah atau ego bila ada wanita yang sanggup meluahkan rasa hatinya kerana bukan mudah untuk seorang wanita melakukan sesuatu yang melawan arus kerana mereka sanggup menanggung risiko, walaupun apa yang mereka lakukan itu tidak salah dan hina disisi islam. Malah wanita begini adalah wanita yang punya fikiran yang jauh kedepan dan mereka mengikut fitrah agama melandaskan keislaman dengan cara mencari jodoh dengan penuh adat walaupun janggal dimata sesetengah orang. Wanita ini punya keperibadian mulia kerana mahu menghidarkan dosa jadi sepatutnya mereka diberi sokongan kerana ada perpatah berkata “ Jodoh itu perlu dicari dan ianya tidak datang dengan sendiri tanpa sebab yang munasabah.”

2 comments:

radioxaktiv said...

urmm.....that's true..!!!....x pelik pown...

n u r k i m a said...

kecewa bila cinta di tolak...huhuhuhu~~