Followers

Monday, January 24, 2011


SISTEM DI HOSPITAL KERAJAAN DARI DULU HINGGA KINI MASIH SAMA…..SEDIH SUNGGUH!

Saya bercerita dari pengalaman yang pernah saya lalui dan mungkin juga ramai lagi rakyat Malaysia yang pernah melalui keadaan yang sama bila berada di hospital kerajaan. Saya akui mungkin ia ada sedikit perubahan dalam segi teknologi tapi cara pengendalian pekerja-pekerja disana masih sama seperti 20 or 30 tahun yang lepas. Mungkin ia telah menjadi tradisi atau kebiasaan buat semua pekerja disana yang membuatkan mereka masih menguruskan cara yang sama.

Kebanyakan orang yang sudah biasa dengan keadaan di hospital kerajaan mereka akan berada dihosital awal pagi walaupun waktu yang telah ditetapkan ia bermula pada pukul 7.30 or 8.00 pagi namun kita harus menunggu 15 minit lagi untuk mengambil no giliran. Setelah beratur lama di kaunter nombor ia tak bermakna no pertama itu akan dipanggil tapi kita harus menunggu lagi selama 15 atau 20 minit. Bila no giliran bermula pesakit pertama dan kedua dan ketiga dipanggil untuk pesakit seterusnya dipanggil kena tunggu lagi 20 hingga 30 minit untuk no giliran seterusnya berfungsi semula, itu pun tengok keadaan ada kalanya harus menunggu lebih lama lagi. Pesakit-pesakit yang dipanggil tadi bukan terus dapat jumpa doktor tapi hanya dipanggil oleh jururawat untuk menyemak rekod dan menanyakan masalah penyakit pesakit saja seterusnya pesakit harus menunggu 20 hingga 30 minit lagi untuk berjumpa doktor. Bayangkan bila kita dalam keadaan tidak sihat dan lemah kita harus menahan kesakitan sekurangnya-kurangnya 45 hingga 1 jam barulah dapat berjumpa dengan doktor. Itu cerita kawan saya yang selalu berulang alik ke hospital kerana sakit buah pinggang katanya selalu dia akan kehospital awal pagi dalam pukul 7.30 dan segala urusan hanya selesai pada pukul 12.00 tengahari termasuk menunggu giliran mengambil ubat.

Sedangkan bila berjumpa dengan doktor hanya mengambil masa 10 minit. Ini pengalaman saya sendiri berada di wad kecemasan waktu itu saya mengalami sakit perut yang amat sangat. Kerana waktu itu saya berada berhampiran di sebuah hospital kerajaan di kawasan pandan saya terus ke wad kecemasan kerana tidak tahan lagi menanggung kesakitan. Ingatkan bila berada di wad kecemasan sistem sudah tentulah cepat. Bila sampai di kaunter kecemasan saya kena buat pendaftaran dulu dan setelah itu mereka suruh saya meletakkan kad pendaftaran di kaunter untuk mendapatkan no giliran. Bila berada di kaunter giliran saya mengadu yang saya terlalu sakit dan harap dapat berjumpa dengan doktor secepatnya namun kerani disana menyatakan saya harus menunggu giliran dulu. Bila saya berada diruang kecemasan saya lihat betapa ramainya orang sedang menunggu giliran walaupun waktu itu jam telah menunjukkan pukul 11.45 malam. Bermacam-macam kerenah orang yang saya lihat ada yang terlentok sedang menahan kesakitan, ada yang tertido dan ada juga yang membebel kerana telah menunggu sekian lama. Saya sendiri harus menunggu selama 40 minit, dalam keadaan sakit, telah sekian lama tibalah giliran saya, saya merasa lega akhirnya no saya dipanggil tapi alangkah kecewanya saya kerana saya hanya dipanggil oleh jururawat untuk menanyakan kesakitan yang saya alami dan mengambil tekanan darah saja. Walaupun saya merayu kepada jururawat itu yang saya sudah tidak tahan lagi namun jawapan jururawat itu amat menghampakan dia hanya suruh saya bersabar sehingga nama saya dipanggil untuk berjumpa dengan doktor.

Pukul 12.55 pagi saya masih menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor, orang semakin ramai memenuhi ruang kecemasan ada orang tua yang ditolak dengan kerusi roda, kanak-kanak yang sedang mengalami demam panas, wanita mengandung dan macam-macam lagi lah…. Saya sedang memerhatikan disatu sudut ada seorang jururawat yang sibuk mengadap komputer dan kerana sudah tidak tahan lagi menunggu begitu lama kerana melihat no giliran yang tidak bergerak-gerak sejak 30 minit tadi saya menghampiri jururawat tersebut untuk bertanya kenapa terlalu lama kena menunggu untuk berjumpa doktor. Jururawat itu hanya menyuruh saya bersabar, bila saya kembali ke tempat duduk baru saya perasan yang rekod pesakit didalam kotak menunggu giliran tidak disentuh langsung walaupun sudah agak banyak rekod pesakit didalam kotak itu. Bermakna jururawat itu menunggu kotak itu berisi penuh dahulu barulah dia akan hantar ke bilik doktor…..pppeeehhhhh sakit hati juga tengok telatah jururawat disitu ialah…ini wad kecemasan orang-orang yang datang memang sedang mengalami kesakitan walaupun ia dalam kategori pesakit luar. Mereka boleh buat selamba je melihat pesakit-pesakit yang sedang menahan sakit dan kanak-kanak yang sedang menangis kerana terlalu lama menunggu. Lebih sedih lagi bila melihat jururawat hanya memanggil nama pesakit 3 kali kalau tidak muncul juga bermakna pesakit seterusnya dipanggil. Suasana di wad itu pun riuh rendah macam mana nak dengar suara jururawat yang memanggil dengan suara yang bersahaja….(suara malas dan sambil lewa)

Bila giliran saya dapat berjumpa dengan doktor saya terus mengadu yang saya harus menunggu begitu lama dan doktor hanya menjawab biasalah walaupun ini wad kecemasan tapi hanya pesakit luar jadi kena tunggu giliran. Tidak sampai pun 15 minit doktor itu memeriksa saya dengan ringkas saja, dia hanya menyuruh saya mengambil ubat tahan sakit dan antibiotic. Saat itu perut saya masih lagi terasa sakit dan sukar untuk berjalan tapi doktor itu hanya suruh saya memakan pain killer nanti pasti sakit itu baik. Kalau macam tu dari awal lagi saya pergi ke SevenE dan beli activefast aje…abis cerita. Tujuan kita berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut. Nak tunggu giliran mengambil ubat pun punya lah lama akhirnya saya mengambil keputusan balik saja kerana waktu itu jam sudah pukul 2.00 pagi. Ke esokkannya saya pergi ke klinik swasta untuk membuat pemeriksaan lagi dalam masa 10 minit saya sudah dapat berjumpa doktor dan doktor menyatakan air kencing saya kotor dan harus mengambil beberapa jenis ubat untuk rawatan selanjutnya.

Saya rasa itulah pengalaman pertama dan terakhir saya ke hospital kerajaan, bukan ingin bercakap besar tapi saya tidak sanggup melihat cara jururawat dan doktor memberi perkhidmatan yang tidak relevan langsung kepada pesakit-pesakit mereka. Sistem kesihatan kerajaan mempunyai banyak kelemahan, termasuk pesakit yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan, namun tidak dapat dinafikan bahawa sistem ini adalah sistem yang membolehkan semua rakyat khususnya golongan miskin untuk mendapat kemudahan rawatan dan perubatan. Sewajarnya kerajaan memperbaiki sistem yang sedia ada daripada mencari kaedah lain untuk membiayai sistem kesihatan.

5 comments:

Penyu said...

betul tu...dulu masa mak i sakit tulang belakang,memang seksa la nak tgu turn jumpe doktor.yg sakit biase2 cepat je masuk..

Anonymous said...

kesiannya...sy slalu dgr org cakap lau pegi hospital kerajaan dr pagi konfirm akan balik dlm tenghari...sbb tu lau sakit x suka jupe doktr...doktor cam siak!!

penah skali kena bebel kat doktor..menyampah betol...

ada aku bayar utk ko bebel kat aku???hah!ada ke!(dalam nada marah)

d Rex said...

hahaha.. bese la tuh.. kerajaan.. tp jgn beza kan dengan swasta.. tgk sistem cmne.. kerajaan ramai pesakit tp doktor xrmai.. bila rmai pesakit bermakna rekod berlambak.. n bermakna lma la nak mencari + kakitangan xckup.. n jgn la maki doc tu.. kn xdek doc maki gak.. cmne tu? hahahaha.. positive k.. cian dowang..skang ni dorg tgh upgrade service tp xleh smua stu masa.. pernah kamu smua berurusan ngn private ospital.. klau xpernah.. sila berurusan.. n tgk lama cmne dorang nak berurusan.. klau nk jmpa doc maybe cepat klau korang ade INSURANS~!!! cuba tgk xdek cmne.. mesti maki gila2.. hahaha.. so, pro n contra.. kerajaan nyer ospital ok la tuk orng2 cm kiter.. ahahaha

melatizumia said...

setuju.. saya pernah buat entry pasal ini juga. bukan servicenya saja yg mengecewakan, malah ubatnya juga kurang berkesan. masa tu saya mengalami batuk yang berpanjangan. sy mkn ubat dr klinik kerajaan sampai habis ubatnya, batuk tak kurang2. lebih kurang seminggu lebih. lepas tu terus pegi klinik swasta kat ofis. makan ubat 2 hari terus baik. seksanya tuhan saja yang tau.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kina pun pernah citer pasal citer mcm nie. time tue kina kena tencing kOtOr gak. mmg kina phm..seksa sungguh masa tue. geram gak la kina bila dOrang layan kina mcm tue. dari pagi pergi tgh hari baru blh balik. ubt pulak punyer la belambak 1 pelastik. tapi kesannyer lambat gak la nak elOk. ada lagi satu kisah kina..kina nie setiap tahun mesti kena cek mata. mata kina ada masalah sejak habis spm lagi.appointment kul 8.30 pagi..baliknya kul 3 atau 4 ptg baru hbs jumpa dOkter. jumpa doc x sampai 15 minit. tapi urusan sbelum jumpa doc yg lama giler. nak amek nombor je dah 15 mnt, nak tgu dorang amek fail kina dah 1-2 jam, tgu dorang tgk bacaan mata kina dah 1 jam, tgu doc panggil 3-4 jam..kat situ dah berapa jam? lama kan? dari tahun 1998 - 2010 mcm tue je la gayanyer. x de berubah pun. yg berubah hanyalah cik misi dan doc je. ada tue nenek misi pun ada lagi. bila la nenek tue nak pencen kan?

bg pendapat kina la kan... ape salahnye amek misi baru...yg dah rasa blh pencen tue pencen la cpt. cepat sikit kalau buat kerja tue. ini kina tgk dia jalan dari bilik doc ke kaunter pendaftaran kat situ je dah mkn masa. adesss.....

ramai lagi budak² muda x de kerja.sO bg la peluang kat org yg larat. udah² la bg perkhidmatan tue. bukan nak tutup pintu rezeki org. tapi dorang kena pikir perasaan org lain pulak.

sori..terpanjang pulak kina pOt pet pOt pet!