Followers

Friday, July 16, 2010


BILA WANITA MENCEMBURUI WANITA LAIN

Memang ini lah salah satu penyakit yang ada dihati dan jiwa kita. Rasa cemburu...bila ia mengusai diri ia akan menjadi sesuatu wabak yang merbahaya kerana ia mampu bertindak diluar batas atau kawalan diri. Sesiapa saja pasti akan melalui penyakit dicemburui dan mencemburui. Hati naluri tidak akan mampu menipu, dan perasaan itu tidak mengira sesiapa tetapi kebanyakkannya tergolong dari kaum Hawa.

Rasa cemburu itu ada yang bersifat negatif dan ada juga bersifat positif...terpulang kepada keadaan. Almaklumlah wanita dikurniakan 9 nafsu tidak hairanlah kaum wanita lebih bersifat cemburu sesama mereka . Cemburu mempunyai banyak sebab....cemburu pada kecantikkan...cemburu pada kerjaya....cemburu pada kemewahan... cemburu pada kasih sayang, cemburu kepada kebijaksanaan....dan macam-macam lagi.

Tapi ada satu cemburu yang sentiasa menjadi asam garam pada wanita iaitu cemburu KASIH SAYANG. Cemburu kasih sayang ini datang bila seseorang wanita meminati lelaki yang sama. Ia juga boleh termasuk dalam kategori BERMADU. Sebagai wanita sifat semula jadinya tidak sanggup berkongsi kasih. Pun begitu juga ada yang cemburu melihat kebahagian orang lain, dan dia mula memasang perangkap untuk meruntuhkan hubungan pasangan tersebut. Malah ada juga kawan baik sendiri cemburu melihat kebahagian kawannya, lalu digodalah kekasih kawan baiknya sehingga teman lelaki kawan baiknya tergoda. Biasalah kelemahan kaum Adam pula tidak tahan digoda walaupun dia tahu akan menjadi satu masalah besar dikemudian hari. Ada juga yang punya rasa tamak ingin memiliki lelaki itu untuk diri sendiri...sedangkan hakikatnya dari awal lagi dia telah maklum yang dia harus berkongsi kasih.

Kerana itulah wanita sering di gelar PERAMPAS dan bila gelaran itu diajukan kepadanya dia dengan selamba berkata aku bukan perampas tetapi si kekasih atau si isteri tidak tahu menjaga orang yang disayangi. Kalau pandai jaga takkan dia jatuh hati pada aku. Ayat keramat itu selalu kita dengar dari mulut PERAMPAS.
Pernah terjadi kepada kawan saya bila kekasihnya diminati oleh wanita lain dan wanita itu juga tahu yang lelaki itu sudah punya kekasih. Tapi begitulah adanya wanita adakalanya sanggup melukai hati kaum sejenisnya, asal tercapai apa yang di inginkan. Wanita itu mula bersaing dengan kawan saya, apa juga yang dilakukan oleh kawan saya, dia akan cuba melakukannya malah kadang-kadang terang-terangan dia mengoda kekasih kawan saya di FaceBook. Orang lelaki dia tengok wanita ni dok gedik dan mengoda dia orang apa lagi saja lah layan. Padahal kekasih kawan saya tidak ada perasaan pun pada wanita itu.. Katanya biasalah adat orang lelaki suka main-main je kerana lelaki ni walaupun nampak playboy bila nak buat isteri mereka lebih memilih. Tapi kena ingat setiap perbuatan akan dibalas dengan perbuatan juga....kerana bila kita cuba menghancurkan hati orang lain kita akan melaluinya juga suatu hari nanti. cuma masa dan keadaan yang menentukan bila balasan itu akan tiba pada diri sendiri. Saya pun tak faham juga kenapa wanita ni suka sangat menggangu hak orang lain.

Cemburu pada kecantikkan juga banyak terjadi pada kaum wanita. Ialah nak buat macam mana sudah dia dianugerahkan Allah kecantikkan yang semula jadi. Kenapa mesti dicemburukan perkara yang agak remeh ini, sesungguhnya kita juga boleh menjadi cantik kalau kita berusaha untuk menjadikan diri kita cantik. Sekarang ini banyak pusat-pusat kecantikkan yang menawarkan bermacam-macam cara dan produk kecantikkan jadi apa salahnya kita mencuba mencantikkan apa yang kurang pada diri. Tapi jangan le sampai memudaratkan atau bertentangan dengan ajaran islam.

Kecantikkan bersifat subjektif dan ia adalah sesuatu yang boleh menjadikan diri kita manusia yang lemah pemikiran. Kenapa lemah? Kecantikkan adalah lumrah alam...dan ia tidaklah kekal lama. Bagaimana cantik pun seseorang itu bila dimamah usia ia akan berubah juga....yang gebu jadi kurang gebu...yang kurus boleh jadi gemuk bila sudah beranak pinak....yang bergetah mula ada kendur sedikit...yang licin kulitnya akan ada kedut-kedutnya juga. Begitu jugalah dengan wanita yang cantik tadi, walau secantik mana pun ia akan berubah... biarkan kalau dia megah atau sombong dengan kecantikkannya kerana mereka akan melalui proses perubahan dari setahun ke setahun.
Cemburu kepada kerjaya....payah jugak nak cakap ialah mungkin seseorang itu berjaya diatas usaha mereka. Mereka berkerja keras untuk memdapat apa yang di ingininya. Kadang-kadang kita hanya melihat diri seseorang dari kejayaannya tapi kita tidak pernah mahu mengkaji bagaimana susah senangnya mereka nak berada ditempat yang mereka ada sekarang. So kenapa ada sifat cemburu....sedangkan kita juga boleh menjadi seperti mereka berjaya. Yang penting kita juga cuba berusaha dan jadikan dia sebagai pesaing yang boleh membuat kita lebih yakin dan maju. Kita juga mungkin boleh buat lebih baik darinya. Tetapi biarlah persaingan yang sihat, cuma kadang-kadang bila kita lihat ada yang naik pangkat dan lebih maju kehadapan, ada pula yang cuba memburukkan keadaan dengan melaga-lagakan sesama kawan....Itu rasanya minda yang tidak sihat kerana perkara ini bukanlah satu halangan buat kita, yang perlu kita juga boleh jadi yang terbaik. Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya, kalau kita buat kerja dengan ikhlas pasti kita akan berjaya juga.

Cemburu dengan kemewahan orang lain, seperti kerjaya mungkin juga mereka telah bersusah payah untuk mendapatkan kesenangan. Dugaan demi dugaan yang harus dilalui untuk mencapai apa yang dia ada sekarang. Kita tidak nampak penat lelah...pahit getir untuk mereka membina empayar mereka. Bukan senang untuk memajukan sesebuah perniagaan jadi bila sudah memperolehi kesenangan apa salahnya sekali-sekala mengembirakan hati dengan pergi membeli belah atau bercuti. Rezeki dah bertambah jadi tak salah kalau nak beri sesuatu yang bermakna kepada keluarga. Tapi ada juga bila melihat kawan atau saudaranya mewah mereka mula mengumpat dan membuat berbagai andaian yang negative. Yang paling selalu kita dengar mereka digelar sombong, lupa diri dan berlagak. Biarlah duit mereka suka hati merekalah nak beli apa atau nak pergi kemana saja.

Sepatutnya melihat kawan-kawan atau saudara senang kita pun cuba melakukan sesuatu yang baru dalam hidup kita juga. Cuba menjadikan diri seperti mereka, kerja kuat, rajin, tidak mudah putus asa dan tanamkan didalam hati orang lain boleh buat kenapa aku tidak. Motivasikan diri sendiri untuk lebih berjaya.

Satu lagi penyakit cemburu adalah kebijaksanaan seseorang. Semua orang boleh jadi bijak kalau mereka mahu. Bijak sebenarnya bukan datang dari semula jadi saja tapi pada diri sendiri. Kerana itu orang yang bijak pandai akan melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lebih baik. Menjadi bijak bila kita tanamkan ilmu pengetahuan didada, banyakkan membaca dan mencari maklumat-maklumat terkini yang boleh membantu diri menjadi orang yang berpengetahuan. Kebijaksanaan bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa-paksa ia akan datang kalau kita rajin mencari ilmu.

Ilmu adalah luas kita boleh belajar bila-bila yang kita mahu tidak mengira sesiapa dan umur. Kerana itu bila kita melihat orang yang berusia setengah abad pun masih masuk universiti dan belajar yang penting mencari ilmu. Jadi kebijaksanaan seseorang bermula dari berusaha mencari ilmu tidak kiralah kalau orang kata dah berusia baru ingin belajar. Kerana setiap apa yang kita lakukan juga bermula dari belajar, dan barulah datang pengalaman. Kalau ingin bijak seperti kawan-kawan , adik beradik atau saudara mara belajarlah dari mereka bagaimana ingin jadi bijak. Setiap manusia dikurniakan akal dan dengan akal itulah kita boleh pergunakan dengan perkara-perkara yang lebih positif.

Janganlah biar cemburu satu penyakit yang membiak didalam diri kita. Cemburu yang buruk akan menjadikan kita manusia yang buruk juga. Jangan juga kerana cemburu kita sanggup menjadikan diri kita korban nafsui. Elakkan rasa cemburu dan cuba lakukan sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup. Tidak ada orang yang dilahirkan sempurna walaupun diri mata kasar kita melihat orang itu lebih baik dari kita. Percayalah walau orang itu cantik, kaya, berkerjaya, bijak pasti ada kelemahan yang lain. Dan bila kita melihat orang itu bahagia doakan kebahagian mereka pasti kita juga akan mendapat kebahagian.

Biarlah cemburu yang ada pada diri dapat kita kawal dan tidak terlalu emosional. Cemburulah pada sesuatu yang dapat membena hidup kita jadi lebih baik dan berjaya. Bukan cemburu yang boleh memusnahkan hidup sendiri atau hidup orang lain. Memang susah kerana ada waktunya kita tidak dapat mengawal sifat cemburu. Kecantikkan seseorang wanita itu bukan saja terletak pada wajah tetapi hati. Kalau kita mempunyai hati yang murni, ikhlas dan suci maka terpancarlah segala kecantikkan yang ada dalam diri kita.

1 comment:

Tieah Madian said...

Biasala tu..
Jeles..
Lg2 kalo pakwe ensem, takut awek lain ganggu..
Huhuhu..