Followers

Tuesday, July 6, 2010


KUATKAN HATI KU......

Kali ini saya ingin berkongsi rahsia hati saya pada semua teman....rasa sedih...duka...kecewa dan diperbodohkan. Mungkin kerana saya mempunyai hati yang lembut yang sukar untuk saya menjadi orang yang keras hati. Saya seperti wanita lain ingin di cintai dan disayangi tapi setelah saya curahkan segala kasih sayang kepadanya akhirnya saya di perbodohkan.

Walaupun saya tahu lelaki ini pandai bermain dengan kata-kata tapi sebagai manusia yang lemah saya akhirnya terperdaya jua...itulah hakikatnya wanita sentiasa ditindas atas kelemahannya...saya hanya mampu menangis menyesali dengan kebodohan saya. Biarlah saya anggap ia sebagai takdir. Dan setiap takdir harus kita terima dengan hati yang tabah.

Saya tertipu oleh lakonan dua insan yang saling berpura-pura...tetapi takdir juga telah membuktikan kebenarannya bila saya terbaca segala luahan dua insan yang bercinta. Bila saya bertanyakan mereka....bermati-matian mereka mempertahankan kebenaran dengan menyatakan hanya kawan....tetapi semalam 6 July 2010 segalanya terbongkar jua bila saya membaca luahan masing-masing. Malah lebih sedih lagi orang yang saya sayang menyatakan kepada gadis idamannya saya seolah-olah PERASAN dia hanya anggap saya orang yang tidak ada MAKNA langsung dalam hidupnya. Dan si Wanita ini pernah berkata pada saya dia tak suka menjadi PERAMPAS kerana dia tau suatu hari pasti dia akan menerima nasib yang sama. Sesungguhnya lembut lidah dari hati yang sebenar.....PANDAI BERLAKON

Mungkin itulah cara lelaki bila tak suka dibuang....dan diganti dengan yang lain dan bila dah jemu yang tu maka digantinya dengan lain pula dan seterusnya hingga diberi ke insafan, itu pun kalau ada keinsafan. Sekarang cinta pakai buang dah bersepah sudah menjadi satu trend dan yang menjadi mangsa pastinya WANITA juga. Tetapi yang sedihnya WANITA sanggup melukai hati kaumnya sendiri. Sedangkan dia tentunya faham bagaimana perasaan kaum sejenisnya. Lumrah kehidupan itulah yang dapat ku katakan kerana apa yang jadi hak kita belum tentu akan jadi hak kita selamanya dan manusia sentiasa punya hati yang rapuh. Terutama berhadapan dengan godaan.

Kalau dia menafikan bahawa saya bukanlan sesiapa dihatinya...jadi untuk kesekian kalinya saya akan mengotakan kata-katanya mulai hari ini....disaat ini dan detik ini saya juga akan menjadikan diri saya bukan sesiapa dihatinya. Kalau dulu saya hanya setakat merajuk dan bila dipujuk hati saya akan lembut kembali tetapi kini saya bulatkan kata. Biarlah dia juga sudah punya orang lain yang mampu memberikan dia kebahagian dan kegembiraan. Dan sudah pastinya dia tidak merasa bersalah langsung membuatkan saya menangis hari ini.

Biarlah kali ini saya tutupkan hati pada lelaki....tidak perlu ada lagi insan yang bernama LELAKI lagi dalam hidup saya. Biar lebih baik hidup tanpa kasih dari lelaki kerana kasih sayang mereka bukanlah seikhlas mana pun hanya menjadikan wanita tempat persinggahan bila dah jemu berada didunia kita dia akan teruskan perjalanan ke tempat lain. TANPA LELAKI HATI TIDAK SAKIT. Biar pun ada yang berkata tanpa lelaki pun hidup akan sunyi tapi kesunyian boleh di isi dengan berbagai aktiviti tapi kalau hati yang sakit....lukanya susah untuk disembuh.

KEPADA SEPASANG KEKASIH ITU.....
Orang yang tidak ikhlas pastinya susah juga mendapat keikhlasan dari orang lain. Bila kita bercakap atau menafikan sesuatu pastikan penafian kita itu jelas.....jangan dimulut cakap kawan tapi masing-masing dok mencurah perasaan. Ingatlah hari ni kamu cuba mempermainkan kepercayaan orang tapi pasti diri kamu jua akan susah untuk mendapat kepercayaan dari orang lain.

UNTUK DIRINYA....
Kalau dia yang terbaik untuk mu pergilah dengan kebenaran tak perlu lagi berselindung disebalik kebenaran. Saya yakin tiba masanya saya akan terima jua kenyataan ini yang pertemuan kita hanya untuk berkasih sayang tapi bukan untuk bersama selamanya. Cinta mu memang cinta yang rapuh....kerana dirimu bukanlah orang yang mampu setia pada yang satu. Cinta mu bagai angin lalu....keutamaan mu hanya paras rupa....kecantikkan luaran....sedangkan diriku perlukan cinta yang ikhlas....menerima ku seadanya. Pergilah padanya....aku tak perlu lagi mendengar penghinaan mu terhadap ku....AKU REDHA DGN TAKDIR KU.

6 comments:

Gee said...

some things are just not meant for us..and when it comes to those two disloyal lovebirds, let them fly free for they will discover the painful truth one day..BETRAYAL. As for you, live as if there's no tomorrow. You deserve a better person. Hugsss...

kEy said...

bagus tindakan anda tu.
hanya orang yang berani sahaja mampu melepaskan orang yang die cinta.
walaupun kita rasa sakit, percayalah sakit itu hanya sementara bila kita akhirnya sedar xberbaloi bersedih terhadap orang yang tak bermakna langsung.

Unknown said...

Hehe walau pun tak kenal tapi dari apa yah saya dah baca saya tau awak kuat:: xguna nak sedey2 sbb 2 org tu,yg penting kuat and never give up sbb semua yg terjadi tu ader sbb maybe ader yg more better for u ::huhu::gigirl chayok!

Nur said...

aarghhh kdg2 jantan mmg la kan..xper..tumpukan segala pada anak2 k..insyallah ade yg baik menanti mu dihadapan..nasib kita hampir sama..pepepun take care ya!

singgah2 la sini dan jadi follower saya juga http://sureanggun.blogspot.com
-makeup artist & wedding planner-

novanexus said...

bertemu berkenalan bercinta kemudian berpisah.. hidup ini umpama roda..kalau tidak berpisah hidup, kita berpisah mati..tidak ada yang kekal..

Mellyana Sara said...

sabar ya~ saya tau apa kamu rasa sebab lama dulu saya pernah lalui benda sma~ percayalah~ 1 saat bila lelaki itu sedar siapa yang sebenarnya yang ikhlas mencintai dia..dia akan kembali pada awak... :)