Followers
Thursday, July 1, 2010
WANITA YANG TIDAK PERNAH SERIK
Isu wanita menjadi bahan ekplotasi atau bahan bonika memang sudah menjadi kebiasan diseluruh dunia. Lihat saja wanita-wanita cantik dijadikan bahan iklan....ialah kalau tak guna wanita cantik susah juga nak jual produk2 mereka. Wanita jugalah digunakan untuk menjadi tukang urut dan pelayan...dengan umpan ganjaran yang banyak....wanita jugalah dijadikan model untuk video-video lucah dan yang sedihnya bila gadis-gadis sunti sanggup membiarkan kekasihnya merakam video bersama kononnya hanya untuk koleksi peribadi. Tapi kesudahannya video mereka disebarkan dan seluruh Malaysia dapat melihatnya. Paling malu adalah kaum wanita juga kerana hanya wajah mereka saja yang dirakam yang si jantan pandai pulak menyorokkan diri hanya menunjukkan bahagian2 tertentu saja. SADIS SUNGGUH....
Bila dah jadi begitu barulah ingat malu...ingat diri dijadikan bahan keuntungan, dijadikan bahan tontonan. Kenapalah mudah sungguh wanita percaya dengan janji lelaki. Bukan tak boleh percaya langsung tetapi agak2 le cikit....tak kan sampai aib sendiri pun sanggup di rakamkan. Malah ada yang semuda 14 tahun telah merakamkan aksinya bersama 5 lelaki. Lebih dasyat lagi bila ada remaja melayan 10 lelaki selepas rakaman dibuat mereka bersorak tanda bangga. Yang menjadi mangsa perbuatan mereka adalah Ibubapa mereka, bila satu kampung dah tengok rakaman anak mereka Mana nak letak muka mereka sudahlah mereka akan menanggung cacian dan penghinaan. WAHAI REMAJA TIDAK KE KAMU SIMPATI KEPADA KEDUA IBUBAPA MU. Itu kalau nasib baik ibubapa mereka masih kuat semangat kalau ada penyakit jantung.....aduh parah....menyesal tak sudah.
Melihatkan wajah mereka seperti tidak ada rasa bersalah...malu atau takut kalau rakaman itu jatuh ke tangan orang lain.
Yang untungnya orang yang mengedarkan video itulah dapat habuan besar.
Sekarang bukan setakat rakam melalui handset tapi dalam You Tube dan Facebook pun dah berlambak cakap saja nak tengok wanita yang macam mana. Kalau wanita dari luar Negara tak kisah lah itu sudah menjadi sebahagian dari budaya mereka tapi yang tak sedap nak dipandang gadis-gadis Malaysia yang berbangsa Islam. Sudah tentulah lagi hebat kerana satu dunia melihatnya.
Saya bukan ingin menghina sesiapa tapi sekarad ingin member pendapat kepada anak gadis-gadis yang baru mengenal erti nikmat dunia. Mungkin sekarang adik-adik merasa seronok dan tidak peduli alam sekeliling. Kata mereka LU....LU PUNYA HAL DAN GUA...GUA PUNYA .... Tapi bila dah terkembung dihadapan dan semua jantan-jantan yang berkongsi keseronokkan cabut lari dan cakap pada anda ITU LU PUNYA HAL SEBAB YANG BUAT BUKAN GUA SORANG TAPI RAMAI JADI...BYE...BYE. Masa tu menangis airmata darah pun dah tak berguna kerana bayi yang dikandung tidak tahu yang mana satu ayahnya. SIAPA YANG JADI MANGSA??? Bayi yang tak berdosa yang tidak dipinta lahir kedunia....dan dibuang macam sampah.
Kepada adik-adik remaja ingat saat muda bukanlah selamanya bila anda sudah berusia dan masa tu mungkin telah insaf dan ingin membina kehidupan baru. Melalui alam rumahtangga dan mempunyai keluarga pastinya semua wanita mengimpikan semua ini. Tetapi tiba-tiba dugaan datang melanda bila aksi-aksi dizaman remaja dulu telah jatuh ketangan kekasih....tunang....or suami. Jadilah sesuatu yang tidak diingini....daripada mengimpikan sesuatu yang bahagia timbul pula derita.
Jangan ingat perkara begini tak mustahil berlaku kerana kita kena sentiasa beringat kemungkinan2 yang bakal ditanggung oleh kesilapan silam. Bertambah pula perkara yang dibuat memang menjadi sesuatu yang sensasi....jadi bagaimana anda ingin berhadapan dengan orang yang disayang....? Bolehkah mereka menerima anda dan kisah silam anda...? Tidak kah anda merasa hampa bila disaat ingin melalui kebahagian tiba-tiba gambar anda jatuh ditangan bakal suami...bakal ibu mertua. Atau disaat anda bahagia bersama suami tiba-tiba dia jumpa gambar isterinya dengan aksi-aksi terlampau....yang menjadi mangsa anda dan anak-anak bila perceraian berlaku. Yang paling sedih bila gambar rakaman itu jatuh ketangan anak-anak.....melopong anak-anak tengok gambar ibu atau ayah mereka begitu.
Jadi adik-adik cubalah fikir semasak-masaknya risiko yang akan anda tanggung, jangan pikirkan segalanya akan selesai dalam masa singkat. Tak semua perkara yang kita lakukan boleh dianggap mudah kerana dunia ini pelik yang kita tak nak itulah yang akan kita dapat dan yang kita terlalu inginkan tetapi akhirnya bukan milik kita. Kalau kesilapan lain mungkinlah kita boleh lindungi atau dimaafkan tetapi kalau berkait dengan harga diri susah nak dijelaskan. Dan bukan semua orang boleh faham yang kita telah insaf kerana perkara begini orang akan pandang buruk selamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment