Followers

Saturday, July 24, 2010


CINTA MINAH DELIVERY…….AKHIRNYA DI BILIK BESI

Cinta itu maha hebat dan tidak ada batasannya. Cinta tidak mengira usia, pangkat, keturunan, agama, paras rupa, darjat dan macam-macam lagi. Malah kanak-kanak pun sekarang telah mengenali apa itu cinta?. Cinta boleh membuat manusia lupa tentang baik dan buruk. Kata orang bila dah dipanah asmara menyusuk ke jantung ia akan membuat kita bagai dibuai mimpi indah. Segala apa yang ada pada pasangan kita semuanya baik dan tidak nampak cacat celanya. Walaupun antara sedar dan tidak kita adakalanya terluka dengan sikapnya tapi kerana cinta kita sanggup telan pahitnya. Bila hati dah sayang susah senang sanggup harungi bersama. Tapi benarkah pasangan kita sanggup harunginya bersama atau hanya kita saja yang harus berkorban atau terkorban. Cinta sekarang ada berbagai jenis agak susah untuk kita mendapat cinta sejati yang ikhlas. Cinta sekarang bagai angin lalu kerana banyak pasangan RAPUH CINTANYA. Kata orang kalau abang ada duit abang sayang….. tapi tak ada duit abang melayang. Tapi istilah itu dizaman sekarang bukan untuk lelaki saja tapi untuk wanita juga, kerana kebanyakkan lelaki sekarang ingin jalan mudah dan hidup senang tidak perlu susah-susah pikirkan masa depan kerana mereka juga memilih agar dapat tangkap girlfriend kaya raya, berpangkat dan banyak duit.
Wanita pula kalau sudah diberi kesenangan, bawa mereka shopping, berikan hadiah yang mewah-mewah, bawa bercuti kemana saja, segala keperluan ditanggung sang kekasih. Jadi mereka sanggup melakukan apa saja yang dipinta oleh buah hatinya. Lelaki pun tidaklah bodoh juga hanya memberi tanpa balasan. Jadi mereka lebih kepada memancing dan yang kena pancing tu bila dah termakan budi kenalah turut perintah. Akhirnya yang jadi mangsa keadaan sudah tentulah wanita juga diri sendiri. Inilah yang terjadi pada kaum hawa, walaupun telah banyak terbaca didada akhbar dari mukasurat pertama lagi Bagaimana wanita diperalatkan oleh lelaki Mat Negro, Mat Saleh atau Pak Arab untuk dijadikan MINAH DELIVERY tapi bukan hantar makanan macam McD atau Pizza yang hanya dapat tips yang tak seberapa tapi hantar DADAH. Sekali hantar bukan sikit ganjarannya tapi berpuluh ribulah juga. Bukan itu saja dapat melancong dan shopping sekali dan inilah yang telah mengaburkan mata sebilangan wanita.
Saya ada terbaca beberapa kisah mengenai nasib wanita Malaysia yang menjadi mangsa keadaan bila mereka ditahan dilapangan terbang kerana didapati membawa sejumlah dadah yang banyak. Maka bermulalah cerita yang menyayat hati bila diri sudah terperangkap di bilik besi. Kisah cinta mangsa-mangsa yang terjebak oleh lelaki Antarabangsa ni lebih kurang sama saja. Lelaki jenis ini sebenarnya memang pandai memancing umpan dengan perwatakkan amat penyayang dan murah hati, mereka sanggup menghabiskan beribu ringgit asalkan mendapat kepercayaan dari mangsanya. Bila dah hati wanita ini cair dek kerana janji manis kekasihnya dan dapat kepercayaan bahawa lelaki ini ikhlas dan jujur mencintai mereka. Bermakna pancing sudah mengena jadi mudahlah mereka menarik tali pancing tidak payah menggunakan tenaga yang kuat.
Seorang wanita menceritakan bagaimana dia sanggup pergi ke luar Negara bila lelaki ini mengajaknya bercuti tetapi kekasihnya menyuruh dia pergi berseorangan dulu kerana kekasihnya ada urusan yang belum selesai dan dia akan meyusul kemudian bila segala tugasnya siap. Bila sampai di lapangan terbang luar Negara wanita itu telah ditahan kerana membawa DADAH. Dia yang tidak tahu apa-apa hanya mampu menyerah diri kerana tiada bukti kukuh menyatakan beg itu bukan miliknya tetapi kekasihnya. Sehingga sekarang wanita itu masih ada diluar Negara menjalani hukuman. Yang menjadi mangsa sebahagiannya adalah pelajar universiti, bagaimana seorang yang bijak dalam akademi dan banyak ilmu pengetahuan boleh terlalu percaya dengan lelaki penipu ini. Takkan lah bila disuruh sesuatu yang agak pelik atau alasan yang kurang wajar mereka tidak boleh berfikir dan bertanya dahulu. Kenapa mesti membisu dan menurut kata sedangkan dari cara mereka kita sudah boleh berfikir ada yang tidak kena. Sekurang-kurangnya tanya atau periksa dululah beg atau bungkusan yang disuruh bawa bersama itu apa isi kandungannya. Janganlah terlalu percaya kerana zaman sekarang macam-macam perkara boleh berlaku yang kita anggap tak masuk akal pun boleh berlaku.
Diharap wanita-wanita diluar sana lebih berhati-hati dalam istilah CINTA ANTARA BENUA. Bukan semuanya indah, tidak dinafikan mereka ini lebih ‘gentleman’ dan pemurah. Tapi takut tersalah pilih akan memerangkap diri. Telah banyak kes berlaku dan banyak jugalah wanita Malaysia yang menjadi mangsa. Bila sudah berada di bilik besi itu amat sukarlah untuk kita mendapat pembelaan lebih-lebih lagi kita berada di Negara orang dan sistem perundangan mereka berlainan. Walaupun kerajaan kita banyak membantu dan cuba mendapatkan pembelaan bagi wanita-wanita ini tapi ia bukanlah semudah yang kita fikirkan. Bukan saja makan masa yang panjang tapi memerlukan perbelanjaan yang besar jadi untuk kita terlepas dari hukuman berbagai proses harus dilalui. Amat sayang sekali kerana masa dan usia yang dilalui tidak bermakna dan sia-sia. Pun begitu mereka telah melalui pengalaman besar dan melalui cabaran yang hebat.
Yang menjadi mangsa bukan saja diri sendiri tetapi IBUBAPA bayangkan bila mereka mendapat tahu anak mereka berada jauh beribu batu bukan untuk menimba ilmu atau mencari rezeki tapi berada di bilik besi yang terkunci rapat dan hanya nasib menentukan anak mereka bebas. Mereka bukan saja harus bergolok bergadai dan menjual segala harta yang ada untuk membantu anak mereka tapi kesihatan mereka pun turut terganggu. Mana tidaknya IBUBAPA mana yang boleh memejamkan mata setiap malam bila mengenangkan anak mereka malah tengah makan pun boleh terfikir, bagaimanalah anak mereka makan ke tidak. Akhirnya kesihatan mereka pun terganggu, bayangkan kalau IBUBAPA mereka memang sudah ada penyakit yang ditanggung jadi bertambah sakitlah mereka dek kerana makan hati.
Jadi kalau anda ditemukan oleh Mat Negro, Mat Saleh dan Pak Arab nie berhati-hatilah untuk melibatkan diri dalam dunia CINTA ANTARA BENUA takut bukan setakat tergadai body tapi takut nasib kurang baik terperangkap dalam tipu helah mereka. Janganlah mudah menerima pemberian dan kemewahan yang mereka hulurkan dan janganlah mudah terpengaruh dengan ayat-ayat cinta mereka. Takut bila dah berada didalam gengaman mereka, diri sendiri yang mendapat bala, mereka ni bila-bila masa boleh hilang tanpa dapat dikesan. .
Bukanlah tidak boleh bercinta dengan lelaki-lelaki ini tapi biarlah benar-benar mengenali diri mereka luar dan dalam. Janganlah mudah termakan pujuk rayu begitu mudah. Lebih baik buat sedikit Edisi Siasat dulu mengenai latarbelakang mereka agar cinta yang diberi lebih selamat Kata orang kalau dah jodoh tidak akan kemana yang penting ambillah sedikit masa untuk mengenal hati budi mereka. Bukan dijalan raya saja kita harus berhati-hati tetapi soal CINTA ANTARA BENUA pun harus lebih kuatkan hati dan iman agar tidak terjerumus kepada masalah dikemudian hari. Masa tu menangis airmata darah pun tidak boleh memperbetulkan kesilapan diri , yang tinggal hanya sesalan, keinsafan, doa dan harapan. SAYANGKAN DIRI SENDIRI SEBELUM KITA MENYAYANGI DIRI ORANG LAIN. JANGAN JADI KORBAN CINTA….YANG AKHIRNYA BERADA DI BILIK BESI.

No comments: