Followers

Tuesday, July 13, 2010


CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN......BAGAIMANA UNTUK ANDA KETAHUINYA

Memang agak kecewa bila kita mengetahui bahawa orang yang kita minati rupa-rupanya tidak merasai sama seperti yang kita rasa. Kalau kita selama ini mengharapkan bahawa dia juga ada rasa sayang dan cinta kepada kita rupa-rupanya dia hanya menganggap kita TEMAN BIASA. Pada hal kita selalu juga bersamanya dan amat rapat dengannya. Tetapi dia pula sering menceritakan kepada kita yang dia amat meminati seseorang wanita tanpa memperdulikan perasaan kita. Amat menyakitkan dan terasa kita tidak cukup sempurna buatnya sehingga dia sering mencari wanita lain dan menagungkan wanita lain.

Bila kita melakukan sesuatu yang disukainya atau cuba memberi sesuatu yang disukainya tetapi ternyata dia tidak menunjukkan sedikit pun penghargaan atau cukuplah dengan hanya sedar bahawa kita cuba melakukan sesuatu yang baik untuknya. Tetapi kalau orang dah tak suka buatlah baik macam mana pun dia tidak akan nampak kebaikkan kita. Sedangkan kita sentiasa disisinya bila dia memerlukan seseorang atau dia dalam kesedihan dan kesusahan. Apatah lagi dia sering memuji sikap dan keperibadian wanita lain dengan menyatakan yang wanita itu amat memahami dan mampu menjadi wantia yang terbaik untuknya. Jadi adakah kita ini tidak cukup baik sedangkan kita telah berkorban dan sanggup bersusah payah untuknya.

Merinduinya samalah seperti kita merindui patung bernyawa. Mana tidaknya hanya kita yang sering menaliponnya bertanya khabar dan sentiasa bertanya perkembangannya. Kata orang dapat dengar suara pun jadilah walau tidak dapat berjumpa selalu. Bila kita katakan yang kita rindukan dia....boleh dia ketawa besar seolah-olah kata-kata rindu kita itu menjadi satu topik lucu. Sakit juga hati kan....menyesal pun ada....malu pun ada. Kata rindu dari kita seperti takde makna langsung buatnya. Lainlah kalau orang yang dicintainya asyik le ucapkan kata I MISS U.....

Sekali sekala nak juga kita jumpa dia untuk berada disisinya...tapi dia sering beri alasan sibuk....tak berapa sihat....nak jumpa kawan-kawan lain....dan macam-macam lagi. Kalau jumpa pun dia akan membawa kawan-kawannya, takut berjalan berdua-duan dengan kita nanti orang anggap kita pasangannya Kalau berjumpa, dia cuba duduk agak jauh dan seperti terpaksa. Matanya asyik memandang alam sekeliling susahlah nak pandang tepat pada mata kita bila bercakap dari situ pun kita boleh lihat keikhlasan hatinya. Bila kita cuba bermain dengan perasaan dia mula tanya kita bila lagi kita nak cari boyfriend. Dan bila kita ingatkan dia cuba meluahkan perasaan tapi malu untuk berterus-terang, rupa-rupanya dia ingin kenalkan kita dengan kawannya atau suruh kita cari boyfriend cepat-cepat. Masa tu sendiri mau ingatlah, yang kita ni telah tersalah anggap tadi.

Bila kita menunjukkan perasaan cemburu melihat dia meminati seseorang dengan pantas dia menyedarkan kita KITA HANYA KAWAN kenapa nak cemburu sangat neh. Kenapa tidak beri dia peluang untuk mendekati wanita lain....Kenapa kita tak suka melihat dia ada girlfriend??? Dan pastinya ayat keramatnya berulang lagi KITA HANYA KAWAN jadi bila dah selalu sebut macam tu....ternyatalah kita ni BERTEPUK SEBELAH TANGAN. Apa pun harapan kita untuk memilikinya hanya fantasi dan sia-sia, kerana tidak ada walau sebesar kuman pun perasaan sayangnya pada kita.

BERTEPUK SEBELAH TANGAN memanglah tak akan berbunyi sampai bila-bila. Jadi TEPUK DADA TANYA SELERA masihkah kita mahu mengharapkannya atau terus berusaha dan bersabar agar suatu hari nanti . terbuka pintu hatinya. Atau pilihan keduanya cuba berpijak dibumi yang nyata bahawa cinta kita bukanlah untuknya dan mungkin juga dia bukanlah jodoh buat kita. Bagi saya biarlah dia pergi kepada siapa saja yang di ingininya kerana mengharapkan kasihnya akan membuatkan hati kita lebih terluka. Sanggupkah kita melihat dia bermesra dan mencintai orang lain dan kita bagai PUNGGUK RINDUKAN BULAN......Dan bila suatu hari nanti dia ditinggalkan kekasihnya....tak usahlah mencari kita takut kita hanyalah pilihan kedua atau sebagai KEKASIH SEMENTARA dan bila dia menemui orang lain kita dilukai lagi.

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

bc entry ni buat sy rasa terkenang ape yd dia buat kat sy dlu.huhu
pedih kot.

VOICE OF HEART said...

Biasa le setiap cinta kita akan melalui perkara ini. Biarlah kalau dia tak suka mungkin juga dia bukan org yang terbaik buat kita kerana kita berhak dicintai oleh org yg benar2 mencintai kita.

Pinoy Tv Show said...

Very nice article and straight to the point. I am not sure if this is really the best place to ask but do you folks have any thoughts on where to get some professional writers? Thanks in advance..
Pinoy Channel| Pinoy Tambayan| Pinoy Tv| Pinoy Tv Replay| Pinoy Ako| Pinoy Lambingan| Pinoy Teleserye| Zee tv

Hell Boy said...

Pinoy Replay and Pinoy Teleserye are my favorite TV shows on the Internet.