Followers

Sunday, July 11, 2010


KASIH YANG PERGI.........BIARLAH IA PERGI

Memang payah untuk kita melupakan orang yang kita sayang.....lebih-lebih lagi bila kita telah serahkan seluruh hati kita padanya. Cinta adakalanya tidak berakhir dengan kebahagian....dan mungkin juga dia bukanlah yang terbaik untuk kita. Pastinya dugaan yang melanda punya rahsia yang tersendiri....dan hanya Allah yang mengetahui hikmah disebalik kedukaan. Usah di tangisi pada orang yang tak sudi kerana dia tidak akan mungkin menghargai setiap butiran airmata yang mengalir.

Biar apa yang terjadi kita simpan menjadi satu kenangan dan jangan ada kebencian didalam hati kerana kebencian akan lebih menyakitkan. Mungkin waktu ini orang yang kita sayang tidak menghargai apa juga yang pernah kita curahkan tapi pasti suatu hari nanti, bila dia menemui kekecewaan atau kelukaan. Disaat itulah baru dia dapat merasai bagaimana penderitaan yang pernah kita rasai. Disuatu saat pastinya dia akan menyesali dengan apa yang telah dilakukan terhadap kita. Bila dia rasa orang yang menyayangi nya belum cukup sempurna dan masih mengejar seseorang yang dia rasakan dapat memberikannya segala harapan yang diinginkan....percayalah belum pasti impiannya akan menjadi kenyataan. Apabila kita terlalu menginginkan yang terbaik sesungguhnya kita akan mendapat yang lebih mengecewakan.

Terima ia sebagai takdir yang telah ditentukan dan yang penting adalah redha dengan perjalanan hidup kita. Sesungguh bila kita REDHA dengan apa yang terjadi ia akan membuatkan hati kita lebih tenang. Berilah peluang untuk kita membina kehidupan baru dan yakin bahawa kegagalan tidak semestinya menjadikan kita orang yang lemah biarkan kegagalan membakar semangat kita untuk menbuktikan bahawa kita mampu menjadi orang yang lebih baik dan berjaya.

Sekiranya orang yang kita sayang dapat menerima kita seadanya semestinya dia akan sentiasa yakin dan sabar dalam menempuhi hari-hari bersama kita. Tetapi kalau dia sentiasa merunggut dan menyesal dengan kehadiran kita dalam hidupnya bermakna dia bukanlah ikhlas menerima kita. Kerana setiap orang punya keburukkan dan kebaikkan, cantik dimata tiidak semestinya cantik dihati. Setiap orang pasti ada kelemahan masing-masing, bukankan telah tertulis bahawa tiada manusia dimuka bumi ini yang sempurna. Kesempurnaan hanya akan kita rasa bila kita dapat menerimanya dengan hati yang redha.

Biarkan kasih berlalu kerana mungkin kita akan menemui kasih yang lebih baik untuk kita. Mungkin kita akan menemui orang yang lebih menghargai kasih sayang kita dan memberi kasih sayang yang ikhlas untuk kita. Biarkah ia pergi berlalu kerana fitrah alam setiap yang kita sayang pastinya akan meninggalkan kita jua suatu hari nanti. Kalau kehadirannya sentiasa membuatkan kita menangis dan merana untuk apa kita mempertahankan hubungan itu sedangkan hubungan itu tiada kebahagian. Untuk apa dia berada disisi kita sedangkan hatinya pada yang lain....untuk apa dia berada disisi kita sedangkan dia lebih menghargai kasih sayang yang lain dan hanya memandang kita dengan penuh kebencian dan kebosanan. Malah kejujurannya telah hilang sama sekali....dan kita sentiasa tertipu dengan kejujurannya. Jangan jadikan diri kita terlalu lemah sehingga kita sanggup merayu dan memperbodohkan diri. Kerana dia akan lebih ego bila melihat kita terlalu mengharapkan kasih sayangnya....kalau ternyata dia sudah tidak sudi biarkan saja.....

Kita berhak untuk dicintai dan disayangi....kita berhak untuk menikmati kebahagian. Kita berhak untuk di hargai dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Berilah peluang untuk insan lain mengubati luka dihati agar ia tidak terus bernanah dan berbisa. Sabar dan yakin pasti ada yang masih sudi menerima kita seadanya dan memberi sepenuh hatinya kepada kita. Yang terbaik akan hadir jua....biar masa dan keadaan yang menentukan kehadirannya.

2 comments:

novanexus said...

bila di kejar dia lari..bila tak mahu dia datang..cinta selalu permainkan kita

Aqilah said...

patah tumbuh hilang berganti..
yang penting kita sabar dan selalu memanjatkan doa pada Ilahi agar hidup kita sentiasa mendapat keberkatanNya.