Followers

Monday, June 7, 2010


ADAKAH HUKUMAN DAPAT MEMBANTU DAN MENGINSAFKAN

Saya melihat berita hari ini seorang siswazah dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara kerana membuang bayi..come on 12 bulan dgn kesalahan yg dilakukan amat berat seperti membunuh anak sendiri. So bagaimana nak menginsafkan remaja yg lain kalau dgn hukuman yang ringan. Sana sini kita lihat kempen yg dibuat agar remaja tidak membuang bayi mereka tetapi tiap hari news keluar cerita buang bayi. Macam mereka tak kisah langsung dgn usaha rakyat malaysia yg prihatin dgn nasib bayi2 ini.
Saya tak boleh bayangkan bagaimana seorang ibu baru melahirkan anak dgn susah payah menanggung sakit..mendengar tangisan anak..boleh tergamak membuang darah daging sendiri. COME ON THAT IS YOUR OWN CHILD. Dimana letaknya rasa kasih seorang ibu yg telah Allah anugerahkan pd hati wanita? Sesungguhnya perbuatan yg keji itu tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Para malaikat sentiasa disisi bayi itu dan Allah sentiasa membongkar perbuatan keji itu.
Kenapa hati wanita terlalu rapuh dgn janji manis dan pujuk rayu kaum Adam. Kaum Adam sepatutnya melindungi wanita kerana para wanita ini perlukan perlindungan. Bukankan Allah jadikan wanita ini dari rusuk kaum Adam jadi mmg mereka ini sebahagian dari diri kaum Adam yang perlu dilindungi. Jadilah lelaki sejati yg sanggup bertanggung jawab bukan meninggalkan wanita dgn segala bebanan.
Sedih melihat bayi yg suci dilahirkan utk dibuang di tepi jalan, tong sampah, tandas, longkang, dalam semak, tanam hidup2 atau dah meninggal. Aduh dimana letaknya rasa kemanusiaan. Binatang pown sayang anak..sayang bila Allah berikan akal dan fikiran tetapi tak digunakan dgn sempurna.
USAHLAH MENGELARKAN BAYI YG DILAHIRKAN INI SEBAGAI ANAK HARAM MEREKA BUKAN HARAM MEREKA SAMA SUCI SEPERTI BAYI YG LAIN YG MELAKUKAN PERBUATAN HARAM ADALAH IBUBAPA MEREKA...JGN MENGHINA BAYI2 INI...SEPATUTNYA KITA MEMBERI KASIH SAYANG PADA BAYI2 YG MALANG INI..

No comments: