Followers
Wednesday, June 23, 2010
BENARKAH CINTA PERLUKAN PENGORBANAN
Cinta tak mengenal siapa, tak mengenal usia, tak mengenal pangkat, tak mengenal keturunan. Cinta memang indah kerana kita sentiasa berada dialam fantasi. Kuasa Cinta memang hebat kerana ia boleh mengubah perasaan, .kehidupan, sikap seorang, kejayaan, tanggungjawap dan agama. Kuasa Cinta boleh membuatkan seseorang sanggup melakukan apa saja hanya untuk membuktikan betapa agungnya cinta mereka terhadap pasangan mereka.
Kerana itulah kita sentiasa terbaca di akhbar berapa ramai gadis yang sanggup melarikan diri kerana CINTA. Sanggup meninggalkan semua yang ada kerana ingin sehidup semati dgn kekasihnya. Sanggup derhaka dan melukakan hati ibubapa yg telah bersusah payah membesarkan mereka. Sanggup membiarkan masa depan terlepas begitu saja. Sanggup melalui kesusahan dan pahit getir asalkan dapat bersama mengharapkan kebahagian.
Kebahagian yang bagaimana ? Bahagiakah seseorang itu apabila telah membuatkan ibubapa menangis setiap masa mengenagkan nasib ditinggalkan anak yg ditatang bak permata. Mereka sentiasa inginkan yg terbaik utk anak2 kerana itulah mereka sanggup bersusah payah mencari rezeki agar dapat memberikan kehidupan yg amat selesa. Tiba-tiba anak2 sanggup membuang kasih sayang yg telah di curahkan, kerana ingin bersama lelaki dicintai yang hanya baru dikenali.
Hakikatnya ramai remaja yang lari dari rumah menyesali dengan perbuatan mereka apabila kebahagian yang di impikan tidak seperti diharapkan, tetapi nasi telah menjadi bubur...kebanyakkan dari mereka tidak sanggup berdepan dengan orang tua, takut dimarahi atau malu dengan kesilapan mereka. Kerana itulah ramai lagi remaja yang masih belum dapat ditemui oleh ibubapa mereka. Kebanyakan dari remaja akan melalui kehidupan sendirian dan sanggup melakukan kerja2 yang agak tidak sesuai dengan umur mereka untuk menyara kehidupan.
Kerana CINTA juga remaja sanggup mengikut kekasih yg disayangi pergi kemana saja walaupun kehujung dunia. Sanggup melalui kehidupan yang amat berbeza, yg tidak pernah disangkakan. Bukan senang menyesuaikan diri dikelompok yg berlainan walaupun seagama. Adat resam, pertuturan, cara kehidupan, semuanya harus kita ubah, ia memerlukan kekuatan dan kesabaran. Kerana itulah juga ramai remaja yg memohon dan merayu utk kembali kepangkuan ibubapa. Mereka sedar bahawa kasih sayang yg mereka cari bukanlah seindah mana pun, lebih-lebih lagi bila harus berhadapan dan menyesuaikan diri dgn keluarga kekasih, cara budaya mereka, kesusahan hidup dan macam2 lagi.
Walaupun hati ibubapa amat terluka dgn perbuatan anak namun mereka tidak akan sampai hati melihat anak2 hidup merana dgn susah payah mereka melakukan apa saja utk membawa anak kembali kepangkuan mereka.
Saya terbaca di akhbar, seorang ibu sanggup mengadaikan semua barang kemasnya dan mengeluarkan simpanan hanya kerana ingin menjemput anaknya pulang kepangkuannya. Setelah mendapat tahu anaknya berada di rumah bapa sedaranya ibu yg malang ini menyuruh anak saudaranya menempah tiket kapalterbang untuk datang ke kuala lumpur dan kerana dia tidak pernah datang kesini dia terpaksa menempah 3 tiket penerbangan utk anak saudara, seorang lagi anaknya dan beliau sendiri.
Namun apabila sampai dirumah bapa sedara gadis itu....ianya amat menghampakan kerana gadis itu melarikan diri Betapa pergorbanan yg sia-sia dari Sabah ibunya sanggup datang ke sini. Menurut kata bapa sedaranya sudah 2 x gadis itu melarikan diri. Saya amat terharu dgn nasib ibu malang ini mengorbankan apa saja asalkan anaknya kembali kepadanya.
Di akhbar Metro semalam saya juga terbaca seorang gadis sanggup melarikan diri dari tingkap bilik semasa ibubapanya nyenyak tidur hanya semata-mata ingin mengikut lelaki yang dikenali didalam telefon. Kerana terlalu percayakan lelaki itu dia telah mengikut lelaki itu membawanya entah dimana dan dirogol 8 lelaki. Kegembiran yg diharapkan malapetaka pula yg menimpa. Perkara begini sebenarnya telah banyak berlaku tetapi remaja kini seolah tidak serik dan tidak mengambil iktibar dgn segala berita yg tersiar di akbar.
IBU BAPA HANYA SATU DALAM DUNIA INI TIDAK ADA TUKAR GANTINYA...KASIH SAYANG MEREKA TIADA PENGHUJUNGNYA. SEKIRANYA MEREKA SUDAH TIADA DIDUNIA INI MAKA HILANGLAH SUDAH TEMPAT KITA MENGADU DAN BERMANJA.
SEDANGKAN KEKASIH...ISTERI...SUAMI BOLEH DITUKAR GANTI KERANA KASIH SAYANG MEREKA BELUM TENTU KEKAL SELAMANYA.
SEMENTARA IBUBAPA MASIH ADA BERIKANLAH KASIH SAYANG...DAN KEGEMBIRAAN BUAT MEREKA KERANA KALAU KITA BERBAKTI KEPADA ORG TUA PASTI HIDUP KITA AKAN SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI...DILIMPAHKAN RAHMAT DAN DIBERIKAN KEBAHAGIAN SEPANJANG HAYAT. JANGAN SAMPAI BILA MEREKA SUDAH TIADA BARULAH KITA MENYESALI SEGALA PERBUATAN YG PERNAH KITA LAKUKAN ...KERANA DISAAT ITU RASANYA TAK BERGUNA LAGI UTK KITA SESALI...DAN HIDUP KITA TIDAK AKAN TENANG KERANA KITA TIDAK TAU SAMAADA SEGALA DOSA KITA TELAH DIAMPUNKAN ATAU TIDAK.
INGAT.....BILA KITA MELUKAKAN HATI IBUBAPA DGN PERBUATAN KITA.....SUATU HARI ANAK2 KITA PULA AKAN MELAKUKAN PERKARA YG SAMA SEPERTI MANA KITA LAKUKAN KEPADA ORG TUA KITA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kerana cinta ku turutkan..hihihihi
remaja yg lari dari rumah sbb cinta?
x matured lagi la tuh.ikut sdp hati je;last2 x lepas gak ngn mak bapak bila si kekasih tinggalkn dia.tambah2 bila da pregnant.then mula la nk buang baby sana sinun
Post a Comment