Followers

Saturday, June 19, 2010


DIBAWAH KETIAK ISTERI

Saya terpanggil untuk menulis isu ini bila saya terbaca disatu majalah mengenai penderaan sang suami. Kita sentiasa mendengar di Akhbar mengenai isu ramai isteri didera dan di perlakukan begitu kejam oleh suami. Namun tak ramai lelaki yg berani mengadu nasib mereka pada pihak umum mungkin rasa tercabar atau malu atau dayus kerana didera oleh isteri. Ianya agak menarik bila segelintir suami berani menceritakan kisah benar yg berlaku pada mereka. Inilah realitinya ada juga para isteri yg sanggup mendera suami walau tahu hukumnya berdosa besar. Mungkin mereka ada sebab berbuat begitu tetapi walau apa pun alasannya hokum tetap menetapkan ia adalah DOSA.
Seorang suami telah mengadu bagaimana dia sudah tidak berdaya untuk menurut kerenah isterinya kerana sentiasa dikawal segala pergerakkannya tetapi sikap cemburu yang melampau telah membuatkan dia kehilangan beberapa projek gara2 isterinya Bukan itu saja bila apa yang diingini oleh isterinya tidak dituruti bermakna habis le barang-barang hiasan yg mahal di balingnya dan pernah kepalanya berjahit hanya kerana terkena pewter kerana menegur isterinya berbelanja terlalu banyak. Segala urusan duit juga dikawal rapi oleh isterinya ...memang bagus kalau isteri mengawal perbelanjaan agar ianya lebih teratur tapi kalau duit belanja harian pun isteri control...alasan takut dia berpoya-poya dgn client. Aduh masalah besar baginya yg sentiasa berurusan dgn client, dan dia dah rasa malu bila client pula yg sentaisa membayar bil entertainment ....mujurlah dia sorok salah satu card credit untuk kegunaan pejabat kerana bil akan sampai di pejabat tapi itu pun dia terpaksa suruh PA nya sorokkan bil takut isterinya tiba-tiba buat lawatan mengejut. Bila kena out station memang isterinya sentiasa bersedia menjadi tour guide...dan saat inilah memeningkan kepalanya kerana isterinya sanggup tunggu berjam-jam bila ada meeting hanya takut dia enjoy dgn client. Kalau kena maki hamun dan pukul jgn cakap setiap kali ada pertengkaran pasti sakit tubuh badannya di pukul dan sepak terajang. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia takut dan sanggup diperlakukan begitu dari isterinya.
Tapi adakalanya kita kena kaji juga kenapa isteri dia jadi mcm tuh mungkin kerana persekitaran...ialah ada sesuatu perkara yg dia pernah lalui or pernah lihat bagaimana keluarga or kawan2 melalui masalah rumahtangga membuatkan dia nekad utk bersikap tegas atau dia melihat ibunya juga pernah melayan ayahnya begitu sehingga dia menganggap mungkin itulah cara terbaik utk melayan suami....keana hati wanita ini lembut dan penyayang jadi kena cari jalan utk menyedarkan mereka.

Kawan saya pernah bercerita mengenai abangnya yg takut pada isteri. Dia melihat sendiri bagaimana abgnya dimarah dan disuruh melakukan kerja rumah. Sudahlah penat berkerja dan terus menguruskan anak-anaknya. Bila dia tanya abgnya kenapa kakak iparnya berubah laku kata abgnya ia bermula bila isterinya dalam pantang jadi dia uruskan semua urusan rumah dari menjaga anak sampailah membasuh baju, memasak, mengemas rumah sehinggakan waktu malam pun bila anak kecilnya menangis abgnya yang bangun dan membuat susu.....perkara ini berlarutan sehingaa isterinya habis pantang sehingga kini. Alasan isterinya dia penat seharian duduk dirumah jadi dia perlu berihat. Kebetulan kawan saya tidur dirumah abgnya dan bila dia bagun dari tidur terkejut dia melihat abgnya menguruskan anak2 sarapan pagi dan menjemur baju sedangkan isterinya masih nyenyak tido. Dan anak yg kecil dihantar ke pusat asuhan jadi apakah alasan “PENAT” yg kakak iparnya maksudkan.
Tak salah kalau suami isteri berkerja sama didalam menguruskan rumahtangga tapi kalau dah semuanya diuruskan oleh suami rasanya ia satu sikap yg tidak baik. Suami keluar berkerja mencari rezeki untuk keluarga jadi eloklah sebagai isteri kena ada sikap tolak ansur. Seorang isteri tugasnya melayan suami dan memberikan kasih sayang...didikan kepada anak2. Nanti jgn salahkan anak sekiranya bila dah tua nanti mereka juga bersikap kurang memberi perhatian kepada ibubapa kerana mereka melihat apa yang kita lakukan dan kita adalah contoh utama bagi mereka.
25 Sebab Suami Marah Pada Isteri
1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”
2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak ”
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya….dah mengkal merah dah”
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ” ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze ”
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. “saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah …kan lain tu”
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? ”
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Fahrin Ahmad…”
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber….ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan ”
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. ” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol…..”

AKHIR SEKALI……..

Bagi memastikan hubungan hubungan suami isteri yang erat dan segar sepanjang tempoh perkahwinan, adalah disarankan supaya sering membuat sentuhan terhadap pasangan masing-masing. Apabila sentuhan dilakukan ianya dapat menunjukan suami dan isteri masih mengambil berat disamping ianya adalah cara terbaik untuk menyatakan kasih sayang masing- masing. Terdapat pelbagai cara sentuhan yang boleh dizahirkan, tidak kira samada berdua, bersama keluarga atau ke mana-mana mengikut keadaan yang bersesuaian. Sentuhan ini juga dapat menyatakan perasaan romantik masing-masing.
Ramai pasangan Melayu sukar untuk menunjukan reaksi kasih sayang masing-masing disebabkan bukan tabiat dalam budaya bangsa di samping perasaan ego dalam diri masing-masing. Masih belum terlambat bagi pasangan suami isteri memulihkan hubungan renggang masing-masing. Mulakanlah dengan sentuhan secara lembut kerana sentuhan inilah dapat menerbitkan rasa cinta kepada pasangan. Setiap kali menyentuh pasangan, sentuhlah dengan penuh kasih sayang dan juga perasaan ikhlas. Tidak kiralah usia perkahwinan yang baru atau telah lama, masing-masing perlu menitikberatkan peranan sentuhan dan menjadikan ia budaya dalam keluarga agar dapat melahirkan keluarga yang rukun harmoni dengan pembesaran yang gembira.

1 comment:

RedBoys said...

sue, tatkala menulis sesebuah entry, harus ada perenggan agar mata tak sakit untuk membaca dan supaya lebih kemas.

satu lagi kalau boleh tolong buangkan word verification di bawah ini..

yang lain ok...