Followers
Wednesday, June 9, 2010
REMAJA DAN TATU
Di Akhar baru-baru ini ada menceritakan ramai remaja ghairah meletakkan Tatu di tubuh. Ia menandakan mereka very out going dan mengikut trend terkini. Semakin ramai remaja kini bertatu ingin memperlihatkan diri lebih seksi. Malah mereka tidak segan silu membiarkan org yg membuat tatu melakarkan tatu di dada...belakang…peha…punggung…pusat…senang cerita at all the private part….Sebenarnya halal ke utk kita meletakkan Tatu ?…Atau kita telah menghalalkan yg haram. Setahu saya agak sakit dan perit jugalah jarum itu menembus ke kulit. Bagaimanalah mereka2 ini boleh ada daya kekuatan…iiisssshhhh, sbb nak abiskan keseluruhan tatu dgn warna warni boleh tahan lama jugak. Tak termasuk dgn bengkak, berdarah atau mungkin ada jangkitan kuman. Mereka2 ini sanggup menanggung risiko asal cantik…..tapi cantik ke?
Saya melihat ramai remaja wanita begitu megah menunjukkan tatu mereka hingga ada yg sanggup pakai low cut dress hanya ingin menayangkan tatu dan mungkin dada sekali. Malah ada yg tidak segan silu sengaja memakai tuib untuk menayang tatu di belakang atau pusat. Mungkin sekarang ianya adalah trend yg menjadi ikut-ikutan tapi katakan bila dah berumur dan tiba-tiba terbuka hati keinsafan. Bagaimanalah agaknya mereka ingin menanggalkan tatu yg kekal ? Sanggupkah mereka menanggung kesakitan lagi ? Tidak termasuk kos yang mahal, Inilah hakikatnya kadang2 manusia ini bila melakukan sesuatu tidak mahu memkikirkan in future.
Namun pada hakikatnya, tatu itu boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan orang yang bertatu. Kesan-kesannya adalah seperti berikut:-
(i) Alahan pada jenis pigmen atau pewarna yang digunakan. Simptom seperti bengkak dan gatal-gatal pada bahagian yang mempunyai kesan merah akibat mentatu.
(ii) Jangkitan penyakit Hepatitis B.
(iii) Jangkitan HIV dan Hepatitis C boleh berjangkit sekiranya jarum yang tercemar digunakan.
Kesukaran dan kesakitan dalam menghilangkan kesan tatu itu juga tidak dapat dinafikan. Antara kaedah bagi menghilangkan tatu tersebut adalah seperti berikut:-
1. Cara yang paling berkesan adalah menggunakan laser. Terdapat 3 jenis laser yang gunakan dulu di plastik surgery iaitu Alexandrite, ND Yag dan Intense Pulse Light. Ini adalah cara yang paling berkesan kerana setiap laser mempunyai ciri unik dan jarak gelombang yang tertentu untuk membuang tatu.
Apa yang laser akan buat apabila dipancarkan, ia akan menguraikan pigmen warna di dalam dermis. Dan proses ini menyebabkan sel badan bertindak dengan "memakan" pigmen warna yang diuraikan itu.
Walaupun begitu, proses ini mengambil masa beberapa sesi (mungkin 5-6 sesi atau lebih) bergantung kepada jenis tatu dan besarnya. Ia juga agak sakit berbanding mencacah tatu itu sendiri walaupun krim bius digunakan. Jika dijalankan di klinik atau hospital swasta ia boleh melibatkan kos yang besar setiap sesi.
Parut yang ditinggalkan oleh rawatan laser boleh menjadi kekal dan tidak cantik. Ada sesetengah kulit yang sensitif terutama kulit gelap, parut yang ditinggalkan mungkin lebih gelap (hyperpigmentasi) atau lebih cerah (hypopigmentasi) daripada warna kulit asal.
Warna hijau, kuning, merah yang digunakan di dalam pencacah tatu professional adalah lebih sukar untuk dihilangkan menggunakan laser, mungkin kerana jarak gelombang warna yang berbeza atau jenis dakwat yang digunakan. Warnah hitam dan biru lebih mudah dihilangkan. Ini menyebabkan tatu tradisional yang biasanya menggunakan dakwat biasa atau nila lebih mudah dibuang.
2. Ada juga cara lain iaitu melalui pembedahan. Saya pernah melihat seorang budak perempuan berumur 17 tahun ingin membuang tatu di Hospital Kuantan dulu. Kulit tatu yang ingin dibuang akan "disiat" sehingga ke level dermis (tak sakit sebab ada bius). Lepas itu akan ditampal dengan kulit yang baru yang diambil dari anggota lain (sekarang ada 2 parut pula). Cara ini lebih pantas dan dilakukan di kawasan yang tiada perkhidmatan laser. Walaupun begitu parut yang ditinggalkan adalah hodoh.
3. Selain dari yang menggunakan kapur simen yang panas tu untuk "membakar" tatunya. Kesannya mungkin hilang sedikit tetapi ia telah meninggalkan parut yang sangat
JADI SEBELUM MELAKUKAN TATU FIKIRKAN BAIK DAN BURUKNYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
xpyh la tatoo2 ni...wt cacat kulit je..kn2?
Post a Comment