Followers
Tuesday, June 15, 2010
BEAUTY VS SUSUK
Semua wanita inginkan diri kelihatan cantik dan menawan. Mereka sanggup lakukan apa saja untuk dilihat cantik. Kecantikkan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan dan ada juga yang tidak jemu-jemu menghabiskan wang ringgit hanya untuk kelihatan cantik. Di pasaran sekarang berbagai-bagai produk kecantikkan dijual sehingga adakalanya ia mengelirukan kita tak tahu yg mana satu sesuai dgn kulit kita....masing2 ckp produk mereka yg terbaik. Ada juga sanggup cocok tang sana...cocok tang sini sampai bengkak2 muka dan sanggup menahan sakit hanya kerana ingin kelihatan cantik...tak kurang juga yg punya kaya sanggup buat pembedahan untuk ubah sana sini mcm superstar...(bersyukurlah dgn kurniaan Allah yg telah cukup sempurna ) Adakala wanita nie pelik jugak nak kata tak cantik memang mereka dah cukup cantik dan sempurna. Tapi tak pernah berpuas hati dgn apa yg telah di anugerahkan nak jugak ubah sana sini....sanggup habiskan duit hanya nak jadikan diri itu 100% cantik. Tapi bila dah abiskan duit beribu-ribu hasilnya tidak seperti yg diinginkan....aduh....tak berbaloi rasanya Walaupun zaman dah makin berubah dan maju tetapi ada juga sebahagian dari wanita masih percaya kepada SUSUK. Sedangkan masing2 tahu apa risikonya mengunakan SUSUK di tambah dgn dosa yang harus di tanggung tapi wanita sekarang tidak rasa takut untuk meneruskan niat mereka itu....Berbagai cara SUSUK yang ada sekarang dan ianya makin advance kerana wanita2 profesional tak kiralah mereka itu berjawatan tinggi, superstar, diva or yg berpangkat “D” masih ada yg mengamalkan SUSUK.
Rahsia Ilmu Susuk. Segala hajat dan cita-cita akan mudah tercapai dan akan mendapat satu kecantikan yang luar biasa dengan ilmu susuk.
Antara susuk yang ditawarkan oleh BOMOH ialah :
1. Susuk Ayat untuk Ilmu Kesian
2. Susuk Penunduk
3. Susuk Pemanis
4. Susuk Pendinding Diri
5. Susuk Seri Wajah
6. Susuk Suara Merdu
7. Susuk Penyeri Diri
8. Susuk Kelamin Suami Isteri
9. Susuk Pelaris Diri
10. Susuk Pasak Tenaga Batin
11. Susuk Pelaris Perniagaan
12. Susuk Pengikat Kasih
13 Susuk Penarik Batin
14. Susuk Luruh Badan
15. Susuk Pemikat Umum
16. Susuk Mandi Susuk
17. Susuk Payudara
18. Susuk Penyeri
19. Susuk Pulih Dara
20 Susuk Ibu Segala Susuk
Jelas, amalan susuk sudah sinonim dalam masyarakat Melayu sejak sekian lama bahkan ada segelintir yang masih mengamalkannya sehingga hari ini. Susuk merujuk kepada amalan memasukkan benda asing ke dalam tubuh badan, dilakukan bagi tujuan kecantikan, awet muda, pelaris, pengasih dan bermacam-macam lagi yang dihajati penggunanya.
Menurut pengamal perubatan tradisional, terdapat dua jenis susuk iaitu susuk ayat dan susuk objek. Katanya, susuk ayat menggunakan ayat al-Quran manakala susuk objek, memasukkan bahan berharga seperti emas, perak dan berlian. Pengguna susuk mempercayai bahawa pemakaian susuk dapat membantu melaksanakan keinginan masing-masing. Kegunaan susuk tidak terhad kepada tujuan kecantikan dan awet muda semata-mata malah kononnya berupaya menjadikan rumah tangga lebih harmoni, meningkatkan keyakinan diri, memajukan perniagaan dan banyak lagi. Maka tidak hairanlah dalam era kecanggihan dunia masa kini masih ada yang berpegang kepada perbuatan yang boleh disifatkan agak mistik.
MENGUBAH KEJADIAN IANYA TETAP HARAM
Rawatan kecantikan yang dilakukan bertujuan mengubah kejadian yang sudah ditetapkan Allah adalah haram di sisi Islam, kata Pendakwah Bebas, Datuk Md Daud Che Ngah.
Ramai sedia maklum mengenai hukum ini kerana ia jelas dan sudah berulang kali diperkatakan. Seperti suntikan Botox, ia diharamkan bukan saja kerana mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis. Atas alasan serupa, mengubah keadaan wajah untuk kelihatan cantik dan muda, pemakaian susuk atau `susuk moden' - implan benang emas - diharamkan. "Susuk juga diharamkan kerana dikhuatiri tindakan memasukkan benda asing ke dalam tubuh badan ini boleh mendatangkan mudarat.
Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran. Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan: Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan derajat pelakunya di dunia ini lagi. Justeru itu Nabi bersabda:
"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya. Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar. Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.
Apapun, pada saya kecantikan asli adalah kecantikan abadi. Kita lihat saja sekeliling kita. Pasti kita dapat lihat ramai wanita yang semakin menawan apabila usia meningkat sekali pun wajah dihiasi kedutan. Wajah matang, penuh keyakinan menjadikan ramai wanita, tidak ketinggalan lelaki semakin anggun, tampan, berketrampilan.janganlah mengetepikan soal hukum agama demi mengejar apa yang diinginkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment