Followers
Thursday, June 10, 2010
SINGLE PARENT….OR DALAM ERTI MELAYU ‘JANDA’
It not easy to be a Single Parent’ cause u have to take 2 responsibility, be a mother and father. You have to work hard for family and in the same time to take care your children. Have to be strong and passion. Because not all people can accept a ‘Single Parent’ in a community some still have a negative value with a person like me ‘JANDA’, event now a lot of Single Parent have a gud future and most of them built a gud career. ..
Biasa lah bila orang mendengar kita JANDA ada mata yang akan menjeling malah ada juga yg tersenyum sinis…kata mereka…Oooooo JANDA. I hate that word macam kita nie dari dunia yg berbeza. But what to do people have a right to think what ever they want. Tidak ada siapa yang inginkan diri jadi begini tapi kalau telah ditakdirkan terima dgn redha. Bila berlaku keruntuhan rumahtangga asyik wanita saja dipersalahkan ayat yg paling famous TAK PANDAI JAGA SUAMI….sedap mulut jer org2 begini bersuara. Bagi saya daripada hidup menderita dan merana lebih baik buat keputusan yg terbaik.
Bukanlah saya mengenagkan kisah silam, cuma ingin berkongsi cerita bersama-sama wanita senasib saya. Pandangan org berbeza-beza dan tidak dinafikan ada juga yang amat memberi sokongan dan sentiasa memberi kekuatan agar kita lebih tabah dan berjaya. Saya bersyukur boleh dikatakan kawan-kawan saya banyak memberi semangat dan sentiasa menyokong saya. Saya tidak mahu lagi memandang ke belakang apa yang penting adalah membesarkan anak-anak dan memberi kehidupan yang lebih sempurna. Wanita sekarang lebih independent dan mampu melaksanakan tanggungjawab yg besar.
I prefer to be alone at the moment….it’s better this way rather then u have to face a new problem with someone. Cause now days it’s hard to find a HONEST LOVE. Not to said I have give up with Man just that I not really thing of having a serious relationship at the moment. People always said maybe i didn’t found the right Man yet. It not of right or wrong Man but I been suffer a lot before this so I have to make sure from now I will not suffer again juz because of Man.
Saya terima segala ujian dan dugaan yg telah ditakdirkan untuk saya dan tak perlu rasanya untuk kita menyalahkan mana-mana pihak. Kerana kita ini memang tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan. Dan bila dah ditakdirkan berpisah tak perlulah terlalu mengikut perasaan. Kenapa mesti menanggung jiwa yg terseksa hanya semata-mata tidak mahu digelar JANDA . Memang bila berlaku perceriaan anak-anak juga turut merasa kedukaannya tapi mereka masih punya ayah dan ibu. Masih boleh meluangkan masa dan mendapat kasih sayang dari kedua-duanya. Bahagiakah sebuah keluarga bila anak2 melihat parent mereka selalu bertengkar…bahagiakah sebuah keluarga bila melihat ibubapa mereka membuat haluan masing-masing…bahagiakah sebuah keluarga bila melihat ibubapa mereka sudah tidak ada kasih sayang. Rasanya jiwa anak2 lebih terseksa dan tertekan.
Bagi wanita yg masih memandang negatif dgn org2 seperti saya, ubahlah persepsi itu kerana JANDA sekarang bukan semuanya ingin merampas SUAMI ORG dan hidup bermadu. Kerana kami mampu membina kehidupan yg sempurna dgn berkerja keras. Lihat saja ramai wanita2 berjaya adalah dari golongan JANDA dan mereka berusaha gigih. Tak perlu ada SUGAR DADDY…namun tak dinafikan masih ada segelintir mempunyai minat menggoda yang KAYA. Bagi saya wanita begini ingin mencari jalan mudah untuk hidup senang tapi kesenangan itu tak akan kekal lama. Lebih-lebih lagi bila kita mendapatkan dgn cara yg salah. Apalah gunanya kita merasa kebahagian dan kesenangan diatas air mata org lain. Hidup bermadu bukanlah seindah mana, terlalu banyak pengorbanan yg harus ditanggung. Bila kekayaan yg dicari tercapai tapi masih tercari-cari kebahagian rasanya tak berbaloi jugak kalau hidup sentiasa tidak tentu arah lebih2 lagi sentiasa diburu oleh Madu….Pun begitu saya tidaklah berani nak bagi komen lebih sbb saya sendiri tidak melalui situasi begitu.
Yang saya pikirkan sekarang keutamaan anak2 kerana saya adalah harapan mereka dan saya yg bertanggungjawab melindungi dan membesarkan mereka. Jadi focus saya adalah mencari kejayaan dan pastinya tidak harus putus asa. Semoga Allah sentiasa memberik kekuatan untuk saya…AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment