Followers

Sunday, June 27, 2010


BOSS...OH..BOSS

Saya ingin sekali berkongsi pengalaman saya dan kawan-kawan lainnya mengenai syarikat yang pernah kami kerja. Pastinya saya percaya anda juga mengalami perkara yg sama seperti saya . Kebanyakkan syarikat terlalu mengutamakan keuntungan tetapi amat kurang memikirkan kebajikan pekerja. Bagi mereka yg penting mereka membayar gaji, selebihnya tu boleh ditolak ketepi. Bila kita dipanggil interview berbagai janji dan keistimewaan mengenai benefit yang kita perolehi tetapi bila kita sudah sign segala document yg perlu dan mula berkerja barulah kita tahu indah kabar dari rupa.
Isu yg amat penting ingin saya kongsi mengenai KWSP kita bagaikan tertipu oleh majikan yg tidak bertanggunjawab. Setiap bulan mereka menolak gaji untuk pembayaran KWSP tapi akhirnya rahsia terbongkar juga bila dapat tahu mereka langsung tidak membayar wang caruman itu tetapi dengan muka selamba tiap-tiap bulan tolak gaji kita dan dalam penyata gaji tercatit tolak ke KWSP. Bila kita dapat penyata dari KWSP satu sen pun dia tak pernah masukkan dari awal kita berkerja hinggalah berhenti kerja. Jadi kemana duit kita yang setiap bulan ditolak ? sedangkan satu sen pun dia tidak bayar ke KWSP. Bila tanya bahagian account mereka bagi alasan pihak majikan akan bayar juga tunggu bila company ada duit. Aduh selambanya jawapan dia....tak rasa bersalah langusng bos kerana tidak amanah dalam melaksanakan duit titik peluh pekerjanya
Yang hairannya surat makhamah dah banyak dikirim oleh KWSP tapi mereka seperti tidak hairan. Bagi alasan ke pegawai KWSP syarikat tak dapat untung langsung. Kalau tak untung macam mana bos...isteri bos...mak bos boleh pakai kereta mewah. Kereta pula bukan satu...bukan dua...Anak-anak dihantar belajar oversea dgn duit sendiri. Makan mewah...rumah banglo....kain baju semua berjenama.....yang teruk bekerja adalah pekerja tapi dapat gaji pun cukup makan.
Duit KWSP itulah hasil yang bakal kita terima dihari tua kita nanti, ialah bila dah tua mana larat kerja lagi dengan duit itulah kita dapat menampung keperluan kita. Kalau kita tidak sempat merasa pun sekurang-kurangnya duit itu dapatlah kita berikan untuk anak-anak agar mereka boleh meneruskan pelajaran atau kehidupan mereka. Nak harapkan duit simpanan belum tentu setiap bulan boleh simpan kerana sekarang ni serba serbi mahal dan kos sara diri semakin tinggi.
Kesengsaraan kami belum lagi habis disitu saja gaji yang sepatutnya kami dapat setiap bulan tidak sempurna seperti org lain. Sudahlah nak tunggu gaji hujung bulan bukan main lama rasa terseksa....perut sentiasa diikat agar cukup sampai kehujung bulan.....tapi bila sampai hujung bulan apa yang diharapkan tak muncul-muncul. Orang bahagian account pulak bukan nak bagi tau yang gaji lambat dapat they all buat bodoh aje....sampailah kita menyembah mereka nak tanya pasal gaji. Dengan selamba juga mereka jawab gaji hanya boleh dibayar seminggu lagi....itulah pengalaman yang kebanyakkan kita lalui.
Paling sadis lagi bila gaji dibayar ansur-ansur macam skim ansuran yang kita ambil barang kat kedai. Setiap minggu di baginya RM200 atua RM300...dengan duit sebanyak itu macam mana kita nak wat bayar sewa rumah, bil2, duit kereta, belanja sekolah anak, pengasuh, kad kredit dan kalau ada pinjaman bank dan berdouble-double interestnya. Kalau kita pergi ke pasaraya beli keperluan dapur pun dah habis RM100 tu pun tak cukup so macam mana nak pertahan duit sebanyak tu selama seminggu. Bila dah jadi macam nie semua bayaran pun dah tertunggak...tuan rumah pun dah masam muka tiap bulan bayar lambat dan tak cukup. Pengasuh anak pun macam nak tak nak jaga anak sbb bagi duit lambat dan cikt2. Bila sampai hujung bulan duit gaji bulan lepas pun belum habis bayar tapi bulan yang baru dah dah kunjung tiba.
Ramai yang dah mengeluh sbb janji masalah pembayaran gaji hanya 3 bulan tapi pejam celik...pejam celik dah masuk 8 bulan. Ada yang kereta kena tarik...motor kena tarik...anak kecik kena hantar ke kampong sbb tak cukup duit nak bayar pengasuh dan ada yang berhutang keliling pinggang. Begitulah keperitan yang kami alami. Tengahari makanan rutin adalah maggie janji untuk mengalas perut....tapi bos bukan main lagi beli makanan yang sedap-sedap pas tu makan beramairamai dengan kaum dia sambil ketawa dengan riangnya seolah-olah takde ada masalah langsung....dan pekerja lain terkebil-kebil melihat bos dan kuam dia makan sedap yang kita nie siap bawa bekal nak jimat cermat.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merujuk kepada laporan yang disiarkan dalam media pada 20 Oktober 2009 berhubung dengan Laporan Ketua Audit Negara 2008 mengenai 9,000 majikan tidak membayar caruman KWSP.
Terlebih dahulu, KWSP ingin menyatakan bahawa KWSP menghargai pandangan yang diberikan oleh Ketua Audit Negara seperti terkandung dalam Laporan tersebut dan menyokong usaha mereka untuk menambah baik sistem penyampaian sektor awam di negara ini.
Dengan pengukuhan proses dan menggiatkan tindakan penguatkuasaan yang disokong oleh sistem IT yang kukuh, KWSP telah berjaya mengurangkan kadar majikan tidak mencarum sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Setakat September 2009, kadar majikan tidak mencarum telah mencatatkan penurunan kepada 1.75 peratus berbanding 2.05 peratus pada Disember 2008. Penurunan ini adalah ketara berbanding 5.65 peratus yang dicatatkan pada 2000. (Sila Rujuk Lampiran, Carta 1)
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, tindakan penguatkuasaan KWSP lebih tertumpu kepada majikan bersaiz besar dengan jumlah caruman yang tinggi kerana kegagalan mencarum oleh majikan ini akan melibatkan bilangan ahli yang ramai dan jumlah caruman yang besar.
Berdasarkan prestasi itu, KWSP percaya bilangan pegawai pemeriksa pada ketika ini adalah mencukupi dan optimum. Bagaimanapun, KWSP akan mengkaji semula keperluan ini dari semasa ke semasa mengikut keadaan.
KWSP ingin menjelaskan bahawa angka 9,000 yang dipetik dalam laporan media itu adalah bilangan terkumpul majikan tidak mencarum sejak beberapa tahun lalu. Sehingga kini, tindakan undang-undang telah diambil ke atas lebih 95 peratus majikan manakala hanya kurang daripada lima peratus sedang dalam siasatan.
Merujuk kepada KWSP tidak mengambil tindakan terhadap sesetengah aduan yang melibatkan majikan yang tidak membayar caruman, KWSP ingin menjelaskan bahawa kegagalan ahli mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dan ahli lambat membuat aduan sehingga majikan yang terbabit telah berhenti beroperasi telah menjejaskan siasatan. Bagaimanapun, KWSP ingin menegaskan bahawa setiap aduan diberikan perhatian yang serius dan akan diambil tindakan segera.
Setakat September 2009, KWSP telah memfailkan 7,224 kes jenayah (2008: 7,164 kes) dan 932 kes sivil tahun ini (2008: 756 kes) terhadap majikan yang tidak membayar caruman bagi pihak pekerja mereka.
Pada tahun ini, KWSP juga telah mengemukakan nama 832 pengarah (2008: 932 pengarah) kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara jika tidak menyelesaikan caruman tunggakan terlebih dahulu seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP.
KWSP sentiasa mengutamakan kepentingan ahli serta perlindungan simpanan persaraan mereka dan akan mengambil segala langkah perlu bagi memastikan majikan melaksanakan tanggungjawab mencarum mereka.
Oleh itu, adalah penting bagi ahli untuk turut memainkan peranan dan sentiasa menyemak penyata kira-kira mereka bagi memastikan majikan membayar caruman pada masa yang ditetapkan. Sekiranya terdapat keraguan, ahli dinasihatkan untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan atau melaporkan kepada KWSP dengan segera.

1 comment:

Zinedine Zaiddin said...

Wow..luahan hati ke ni? Pernah ada pengalaman kena macma ni eh?

Dalam zaman2 moden pun ada jugak mangkuk2 hayun macam ni ye..tak pikir ke halal haram, berkat n rahmat duit tu..isk~

Mungkin itu juga puncanya anak2 zaman sekarang ramai yang jahanam, sebab mak bapak suap duit haram! Hahahaha