Followers

Tuesday, June 8, 2010


MANISNYA MADU….PAHITNYA BERMADU…….
Madu mmg disukai ramai, malah madu juga elok utk kesihatan dan kecergasan otak. Namum bagaimana pula kalau bermadu adakah ia semanis madu? Tidak ramai wanita yg sanggup hidup bermadu jauh sekali berkongsi kasih. Manis mungkin bg si suami tapi bisanya bagi si isteri. Kalau ada pun wanita yg sanggup bermadu mungkin salah satu sbb kerana sayangkan suami dan tak mahu berpisah dan selebihnya redha kerana suami telah pun berkahwin tanpa pengetahuan mereka. Manis bagi yang bermadu dan pahit bagi yang dimadu…itulah lumrah kehidupan. Apa lagi yang kurang pada diri seorang isteri. Berusaha menjadi isteri yg baik, ibu yg baik dan teman yg terbaik. But still kaum Adam susah untuk dijangka…sikap penyayangnya boleh bertukar jadi benci. Kelemahan lelaki adalah pujuk rayu sang gadis…boleh gugur jantung mereka.
Bolehkah mereka berlaku Adil sebenarnya? Some YES but most of them is NOT. Bila dah dapat yg baru selalunya yg lama dah kuranglah perhatiannya kalau balik pun sbb anak-anak. Betulkah begitu? Susah nak komen…Tapi biasa le org pompuan selalunya mereka terpaksa mengalah kerana kuasa ditangan lelaki. Setuju tak kiranya saya katakan lelaki ini ada masanya salah guna kuasa? Saya bukanlah anti poligami cuma bila melihat kawan2 n sedara mara melalui situasi ini rasa kesian pun ada. But inilah dugaan dan takdir kita tak mampu mengubahnya. Sabar dan tawakal itu yang terbaik, kalau nak gaduh2 or serang menyerang pun tak guna juga kerana yg malu diri sendiri. Mungkin berkat kesabaran mampu melembutkan hati sang suami.
Sesungguhnya lelaki ini kalau kita tak izinkan mereka kahwin pun mereka tetap dgn keputusan mereka so just let it be MEREKA TENGAH ANGAU. Memang berat mata memandang berat lagi bahu memilkul tapi percayalah sesiapa yang melalui hidup bermadu mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian. Tak dinafikan ada ramai wanita akan mengadap tok bomoh bila suami berubah hati. Bukan tidak percaya perkara ini but I have been thru this situation…nothing change. Bila lihat kakak ipar menghabiskan duit ke arah itu sbb akhirnya suami tetap kahwin juga. Mohon sendiri dengan Allah jangan putus asa untuk sentiasa sembahyang hajat…insyaallah akan terbuka hati suami untuk berubah dan insaf. Pada wanita yg sanggup bermadu sesungguhnya “PAYUNG EMAS” menanti anda disyurga.Yang penting kita harus berusaha memberi kebahagian dan perhatian pd anak-anak merekalah harapan dihari tua…dan cuba membina kehidupan yang lebih berharga daripada meratapi nasib. Sesungguhnya nasib seseorang boleh berubah sekiranya dia ingin mengubahnya just always pray to Allah…