>MENGIKUT TREND TERKINI ATAU MANGSA FASHION
Bila saya berada ditempat umum. Saya amat tertarik melihat remaja perempuan yang bergaya dgn berbagai fashion. Tidak dinafikan fashion banyak mempegaruhi sebahagian dari gaya kita. Namun sebahagiannya terlalu inginkan perubahan pada diri tetapi ada masanya pakaian yg dipakai tidak sesuai dan tidak kena pada tempatnya. Fashion pakaian ketat amat digemari oleh wanita zaman kini. Memanglah cantik dipakai oleh gadis berbadan langsing dan berperut kempis tetapi tidak sesuai bagi yg berbadan gempal. Kebanyakkannya tidak lagi menitik beratkan bentuk badan, asalkan ia fashion terbaru kenalah menggayakannya....Aduh sorry to said dah macam sarung nagka sebab bajunya terlalu kecil dari saiz badan. Segala bentuk lemak dapat dilihat dgn jelasnya. Wanita yg berbadan gempal kini sudah tidak malu-malu lagi memakai pakaian seksi..mugkin wanita berbadan gempal kalau pakai seksi lebih menarik sbb nampak solid tapi...ada kala seksa juga mata memandang....(jangan marah ye...bukan menghina tapi kenyataan)
Bagi bertudung pula memang sopan dan ramai remaja kini gemar memakai tudung. Tetapi yang tak seronok dipandang adalah fashion yang dipakai. Bila kita bertudung sudah semestilah kita menjaga imej tetapi wanita yang bertudung sekarang berpakaian samalah seperti yg tak bertudung (bukan semua gadis yang bertudung) pakaian ketat dan pendek sehingga nampak bentuk tubuh badan...tak termasuk dgn seluar yang amat ketat sehingga ada yang boleh nampak bentuk jadi dimanakah imej WANITA MUSLIMAH. Pernah terlihat beberapa wanita bertudung memakai kebaya yang ketat, pendek dan leher yang luas ditambah dengan kain amat ketat sehingga nampak susah nak berjalan. Dgn bangga berjalan mendada membiarkan mata-mata liar lelaki memandang ke arah mereka. Ada juga yg tidak segan2 memakai skirt paras bawah lutut tetapi berimej tudung...Saya jadi keliru konsep apa yg ingin dia pakai sebenarnya. Adakah tudung sekarang hanya menjadi trend saja dan bukannya dipakai kerana ikhlas memakainya.????
Ada yang memakai seluar lodeh di pinggang... buruknya bila anda duduk kerana bukan saya menampakkan seluar dalam yang berwarna warni tetapi ada kalanya hampir nampak alur....Ada pula yg berani memakai hot pants yg hanya sesuai dipakai dirumah tetapi sekarang berani memakai pada umum, sedarkah mereka yg punggong mereka hampir nampak bila mereka duduk atau tunduk...Saya memang tak bermaksud menghina atau mengutuk tetapi pandangan itu amat memalukan bagi kita kaum wanita....JADI JGN LAH TERLALU MENJADI MANGSA FASHION.
No comments:
Post a Comment